suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya sama saja macam orang lain tiada apa yang istimewa” - Azhan Rani kena ‘mengorat’ dengan peminat di media sosial

PELAKON Azhan Rani mengakui ada wanita cuba mendekati dirinya menerusi media sosial untuk berkenalan dan mengenali hati budinya.

Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, 50, berkata dia bagaimanapun menganggap perkara itu sebagai gurauan memandangkan dirinya juga gemar bergurau bersama peminatnya.

“Memang ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dan kenal hati budi tapi saya anggap mereka (wanita) bergurau saja sebab saya sendiri pun suka bergurau.

“Mungkin ada juga yang jujur, ikhlas nak berkawan dengan saya tapi agak risau untuk berkenalan melalui media sosial ini kerana tidak tahu indentiti sebenar.

“Saya sama saja macam orang lain tiada apa yang istimewa, semua tahu umur saya 50 tahun jadi untuk apa kejar lagi bab jodoh ini, saya tidak menolak dan mencari jodoh… serah kepada tuhan saja kalau tiada di dunia mungkin di akhirat,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi