suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ebby Yus tak sangka peminat murah hati belikan camper van, siap ada individu ‘sponsor’ kos ubah suai

PELAKON dan pelawak Ebby Yus bersyukur apabila dipertemukan dengan individu yang baik hati dan sudi membantunya mendapatkan sebuah camper van bagi memudahkan urusan menjalani rawatan dialisis.

Menurut Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 61, individu berkenaan sebenarnya merupakan salah seorang peminatnya yang turut mempunyai minat terhadap barangan antik.

Katanya, dia pada mulanya tidak menyangka lelaki berkenaan benar-benar berminat untuk membeli sebilah sundang (keris) miliknya selepas dia memberitahu hasrat untuk menjualnya bagi mendapatkan wang membeli camper van.

"Dia seorang pengumpul dan nak beli sundang. Saya beritahu nak jual sebab perlukan duit untuk beli camper van bagi mudahkan saya cuci darah dan tak terkejar-kejar.

"Ingat main-main, bila telefon dia tiba-tiba betul dia bayarkan," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Ebby berkata dia sebenarnya sedang mengumpul wang secukupnya untuk melakukan pengubahsuaian pada camper van tersebut supaya ia sesuai digunakan ketika menjalani rawatan dialisis.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak menyangka ada seorang lagi individu yang tampil menawarkan diri untuk menaja kos pengubahsuaian camper van berkenaan.

"Dalam van pun nak kena buat (ubah suai), jadi saya diam sahaja dulu sebab nak tunggu duit cukup baru buat.

"Lepas itu ada seorang lagi yang tawarkan nak sponsor buat benda itu. Syukurlah," jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi