suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat Lando Zawawi perjuang isu jalan raya, tak kecil hati wajah jadi ‘meme’ asalkan matlamat sampai

LANTANG bersuara mengenai isu keselamatan jalan raya, pelakon dan aktivis masyarakat Lando Zawawi berkongsi kisah yang mendorongnya aktif memperjuangkan kesedaran dalam kalangan masyarakat menerusi episod Vodcast Kenot Brain kali ini.

Lando atau Azlan Sani Zawawi, 51, memberitahu pemergian beberapa rakannya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya menjadi antara faktor dia giat menjalankan aktiviti berkenaan.

Menurut Lando, perjuangan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan pengguna merupakan satu perkara yang perlu dilakukan dan menyifatkan usaha tersebut sebagai fardu kifayah.

Dalam pada itu, Lando turut berkongsi kisah wajahnya yang sering dijadikan bahan jenaka oleh orang ramai, namun dia tidak mengambil hati selagi objektif untuk menyampaikan pesanan kepada masyarakat dapat dicapai.

Malah, Lando mengakui wajahnya yang kelihatan garang menyebabkan sesetengah individu mempunyai tanggapan skeptikal terhadap dirinya.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak menjadi halangan buat Lando untuk terus menyampaikan mesej dan kesedaran kepada masyarakat.

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi