suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anes Ayunie tabah lalui ujian hidup sejak awal remaja... Bisnes, cerai, ditipu dan terpaksa buang rahim

EPISOD Vodcast Kenot Brain kali ini menampilkan usahawan Anes Ayunie berkongsi kisah perjalanan hidupnya sejak awal pembabitan dalam dunia perniagaan.

Ayunie atau Anes Ayunie Osman, 24, mendedahkan seawal usia 14 tahun dia sudah menanggung hutang sehingga mencecah ratusan ribu ringgit selepas menjadi mangsa penipuan ketika menjalankan perniagaan iPhone terpakai atau refurbished.

Menurut Ayunie, antara detik paling sukar dalam hidupnya apabila ibu bapanya terpaksa melunaskan hutang-hutang berkenaan sehingga membuat pinjaman bank.

Tidak hanya itu, Ayunie turut berkongsi kisah rumah tangga termasuk pengalaman melalui perceraian sebelum mendirikan perkahwinan kali kedua.

Malah, Ayunie turut menceritakan ujian besar yang dilaluinya selepas melahirkan anak ketiga apabila rahimnya terpaksa dibuang susulan mengalami pendarahan serius yang tidak dapat dikawal.

Pelbagai kisah menarik dikongsikan Ayunie menerusi Vodcast Kenot Brain kali ini, termasuk perjalanan hidupnya sebagai usahawan, cabaran dalam rumah tangga serta pengalaman berdepan detik getir yang mengubah kehidupannya.

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi