GARA-GARA menawarkan sebuah kapal layar mewah miliknya sebagai hadiah cabutan bertuah, penyanyi Black Hanifah berdepan dakwaan kononnya dia begitu terdesak sehingga tergamak memberikan barangan terpakai kepada peminat.Menafikan dakwaan itu, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah, 39, berkata tindakan itu dilakukan atas dasar mahu menghargai sokongan peminat yang selama ini sentiasa berada di belakangnya. Menurut Black, dia tidak melihat pemberian itu kerana terdesak sebaliknya lebih mengutamakan kepuasan apabila dapat berkongsi rezeki kepada penduduk pulau Langkawi.“Sebenarnya, mereka boleh berkata apa sahaja pada pandangan mereka, saya nampak seperti terdesak. Tetapi apa yang saya lakukan ini bukan kerana terdesak. Sebaliknya, saya sudah mempunyai perancangan lain.Kalau nak dikira segi keuntungan, memang tidak ada keuntungan yang besar pun daripada apa yang saya buat ini. “Tetapi saya lebih melihat kepada kepuasan apabila dapat memberikan sesuatu kepada orang lain, saya nak buat sesuatu yang berbeza dan rasanya belum pernah ada orang buat promosi beli baju dengan harga RM70 dapat sebuah bot.“Tidak terdesak pun dan perancangan lain saya nak beli sebuah kapal lain iaitu jenis Katamaran yang lebih besar sebab boleh bawa kapasiti penumpang yang lebih ramai, malah boleh digunakan untuk tujuan perniagaan," katanya kepada mStar.TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI