suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami isteri kerja cari duit, tapi berkira bab anak... Ramai ‘panas’ isu kos bayar pusat asuhan, jawapan mufti sebenarnya ‘simple’ je!

Ramai pasangan suami isteri ketika ini memikul tanggungjawab bersama untuk bekerja sambil membesarkan anak-anak. -Gambar hiasan AI

DALAM keadaan ekonomi sekarang, sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan suami isteri untuk sama-sama keluar bekerja demi memastikan kestabilan kewangan keluarga.

Namun, apabila kedua-duanya sibuk mencari rezeki, timbul satu persoalan yang sering menjadi perdebatan hangat dalam kalangan warganet, iaitu siapakah sepatutnya membayar upah pengasuh anak?

Isu tersebut hangat diperkatakan selepas seorang pengguna platform Threads, Aisyah Syahirah membangkitkan tentang perkara berkenaan.

"Sebenarnya duit untuk pengasuh, isteri yang bayar atau suami? Situasi ini bagi isteri yang bekerja," soalnya inginkan kepastian.

Perkongsian itu pantas menarik perhatian ramai apabila rata-rata warganet tampil berkongsi pandangan serta pengalaman mengikut acuan rumah tangga masing-masing.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen yang berpandangan kewajipan membayar perkhidmatan pengasuh adalah terletak di bahu isteri.

Pendapat itu disuarakan berasaskan hujah urusan rumah tangga termasuk penjagaan anak pada asalnya dikatakan merupakan tanggungjawab seorang isteri.

"Asalnya isteri di rumah menjaga anak-anak, inilah yang terbaik. Jika mahu bekerja pun perlu minta izin suami.

"Jadi bayaran pengasuh adalah on behalf isteri yang bekerja, melainkan si suami volunteer nak bayarkan," tulis seorang pengguna.

Bagaimanapun pandangan itu tidak begitu dipersetujui ramai kerana rata-rata netizen berpendapat kos menghantar anak ke pusat asuhan tetap menjadi tanggungjawab suami walaupun si isteri berpendapatan sendiri.

Tanggungjawab asal tetap di bahu suami

Menerusi ruangan soal jawab agama di laman web rasminya, Jabatan Mufti Negeri Selangor menjelaskan bahawa perkara asas perlu difahami terlebih dahulu dalam menentukan isu tersebut adalah hakikat bahawa tanggungjawab suami dalam bab nafkah.

Untuk rekod, jawapan tersebut dikeluarkan bagi merungkai persoalan mengenai hukum seorang suami menetapkan syarat supaya isteri membayar kos tempat asuhan kanak-kanak sekiranya mahu keluar bekerja.

Berdasarkan kesepakatan kebanyakan ulama, jabatan itu menyatakan nafkah asas wajib ditanggung oleh seorang suami secara dasarnya terbahagi kepada tujuh perkara utama.

Ia merangkumi makanan, barang dapur, pakaian, tempat tinggal, peralatan membersihkan diri, barangan kelengkapan rumah serta pembantu kepada isteri (sekiranya menjadi kebiasaan bagi isteri mempunyai pembantu).

Kewajipan ini adalah berpandukan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 233: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya."

Merujuk kepada asas tersebut, pihak mufti menegaskan walaupun suami membenarkan isteri keluar bekerja, tanggungjawab memberi nafkah kepada anak termasuk bayaran asuhan tetap terletak di bahu suami.

Bagaimanapun, Jabatan Mufti Negeri Selangor berpandangan, sekiranya komitmen suami bertambah disebabkan isteri keluar bekerja dan dia tidak mampu menampung kos tersebut seorang diri, pasangan dibolehkan untuk berbincang serta mencapai kata sepakat agar isteri turut membantu membayar yuran asuhan anak.

Artikel Lain