MEMULAKAN tayangan hari pertama pada Khamis, filem terbaharu Kudrat 1968: High Council sudah menerima pelbagai respons penonton termasuk daripada mereka yang menyaksikan ketika malam tayangan perdana. Di sebalik keterujaan peminat, ada juga yang memberi komen kurang baik terhadap filem arahan Zulaikha Zakaria ini. Antaranya adalah tentang jalan cerita yang dilihat terlalu mudah dan tidak menepati jangkaan selepas empat episod awal ditayangkan dalam format drama di saluran Astro. Filem Kudrat 1968: High Council mendapat pelbagai respons di media sosial. "Macam kurang puas. Ada persoalan yang tak terjawab. "Sejujurnya, dari siri sehinggalah filemnya, saya agak kecewa. Saya kurang faham mengapa karya ini mendapat sambutan hangat, tetapi saya faham mengapa orang menyukainya."Apa yang boleh saya katakan, filem ini hanya layak mendapat 2/10. Maaf, tetapi filem ini tidak menarik untuk disyorkan kepada orang lain. Kalau sekadar mahu ikut trend, bolehlah pergi menonton. Selepas itu, mungkin akan menyesal," komen beberapa pengguna media sosial di Threads. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kudrat 1968’ galak budaya buli? Ini jawapan pengarah - “Setiap watak jahat ada balasannya” ARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi percaya didikan ibu bapa bentuk perilaku anak, aksi ganas dalam filem bukan alasan jadi pembuliBegitu pun, tidak kurang juga kata-kata pujian diberikan terhadap filem ini yang dilihat sebagai pelengkap kepada siri drama sebelumnya. Malah, ramai juga memuji lakonan Zarif Ghazzi yang membawa watak Abbas, Mierul Aiman (Kuda), Akmal Asyraf (Piji), Dai Fuad (Pa) dan Chech Harith (Mazli). Melihat dari sudut berbeza, filem terbitan Astro Shaw bersama ZAK Capital, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures dan HM Entertainment telah menjaya mencatat kejayaan sendiri sebelum tayangan dimulakan. Lakonan berkesan pelakon menghidupkan jalan cerita Kudrat 1968: High Council. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak Astro Shaw memberitahu filem ini sudah mencatatkan kutipan RM3 juta menerusi jualan tempahan tiket awal.Lebih menarik, keterujaan peminat turut dapat dilihat apabila tiket acara Mega Fans Screening yang dijadualkan berlangsung pada 31 Oktober habis terjual dalam tempoh hanya lima minit.