Dugaan dalam perkahwinan adalah lumrah hidup berumah tangga yang menguji kesabaran. -Gambar hiasan AI
SETIAP pasangan mengimpikan rumah tangga bahagia, namun rahsia yang disembunyikan akhirnya boleh mengundang konflik berpanjangan hingga menjejaskan kehidupan suami dan isteri.Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang lelaki mendedahkan kisah malang sepupu kepada kenalannya yang berkahwin dengan lelaki warga Pakistan sebelum mereka bersama-sama mengusahakan sebuah kedai runcit. Menurutnya, wanita asal Kelantan itu sanggup bekerja keras siang dan malam menguruskan perniagaan berkenaan sebelum terbongkar rahsia bahawa suaminya rupanya sudah mempunyai isteri dan anak di negara asal.Wanita perlu bijak mengenali pasangan dan tidak terburu-buru membuat keputusan dalam perkahwinan. -Gambar hiasan AI"Kelemahan sesetengah perempuan ni dia mudah cair dengan warga asing, lagi-lagi dari Pakistan. Ini kisah dikongsikan kenalan aku."Sepupu dia dari Kelantan kahwin dengan lelaki Pakistan dan buka kedai runcit. Bini pun kena kerja juga. Siang dan malam jaga kedai."Tahu-tahu laki dia dah ada anak bini di Pakistan rupanya. Setiap bulan kirim duit. Bini sana pula diratukan... duduk je rumah tak kerja, tunggu duit masuk. Isteri di sini dihambakan," ceritanya.ARTIKEL BERKAITAN: Nak hidup senang, ikut balik Pakistan! Gadis dilema terjebak cinta warga asing, dijanjikan rumah dan kereta di negara kekasihARTIKEL BERKAITAN: Kakak angau bercinta dengan lelaki Pakistan, kenal masa tempah langsir... Adik bimbang dipergunakan - “Dia dah ada isteri, anak”Tambah individu itu, pendedahan rahsia berkenaan mencetuskan konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka, malah lelaki terbabit turut didakwa bertindak kasar terhadap isterinya setiap kali pertengkaran berlaku."Apabila 'pecah lubang', mula la gaduh sampai satu tahap lelaki tu pukul bini dia dan sorok kunci kereta tak bagi keluar."Saya tak kata semua kes sama tapi ini realiti yang berlaku. Mungkin warga Pakistan lain okey je sebab pendatang tanpa izin ni tak kisah perempuan tu cantik atau rupa macam makcik."Asalkan boleh kahwin dan buka bisnes dekat Malaysia sampai kaya raya. Kemudian sampai satu masa dia pun balik kampung semula," ceritanya lagi.Isteri terkejut suami rupanya sudah berkeluarga di Pakistan.Pasangan itu bersama-sama mengusahakan kedai runcit.Wanita berkenaan didakwa dipukul ketika berlaku pertengkaran.Lelaki itu dikatakan menghantar wang kepada keluarganya di negara asal.Netizen turut berkongsi pendapat mengenai warga asing.Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun, lelaki tersebut menegaskan perkongsian itu bukan bermaksud memukul rata semua perkahwinan campur, sebaliknya sekadar iktibar dan peringatan bersama.Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial apabila ramai berkongsi pendapat dan luahan rasa terkilan dengan sikap sesetengah wanita tempatan."Sedih... lelaki Melayu ramai yang bujang dan muda. Warga asing tak guna juga dipilihnya."Kita kena simpati dekat diri sendiri dulu atau anak cucu kita akan dipijak oleh pendatang asing," komen sebahagian netizen.