suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya datang dari jauh nak tengok Tun” – Diana Rafar sempat bertemu Tun Dr Mahathir sebelum ke IJN

Dian teruja dapat bertemu Tun.

PELAKON Diana Rafar berkongsi perkembangan terkini keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika bertemu tokoh negara itu semasa Majlis Tahlil Tun Dr Siti Hasmah yang diadakan pada Rabu.

Kata Diana, 44, dia tiba awal di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya kira-kira pukul 12 tengah hari kerana bersemangat dan teruja untuk bertemu Tun Dr Mahathir.

Bagaimanapun, negarawan itu terpaksa pulang awal kerana perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan kurang sihat.

Tun sembat berbual dengan tetamu yang hadir sebelum dibawa ke IJN. 

"Sepatutnya Tun sertai sekali majlis ini. Ramai tak dapat jumpa sebab beliau kena ke IJN disebabkan kurang sihat.

"Ramai tetamu lain tak sampai lagi, tetapi Tun sudah ke IJN," katanya.

Semasa pertemuan itu, Diana memberitahu dia sempat menegur Tun Dr Mahathir sebelum dibawa menaiki kenderaan menuju ke IJN.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Rafar pernah putus asa bantu individu peluk Islam… “Mereka persoal siapa saya untuk bercakap tentang agama” 

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah seorang tokoh wanita penyayang, lemah lembut, miliki sifat keibuan tinggi - Siti Nurhaliza

"Semoga sihat dan kuat semangat, saya datang dari jauh nak tengok Tun," katanya kepada Tun Dr Mahathir.

Selain Diana, beberapa orang selebriti popular lain turut dilihat menghadiri majlis berkenaan antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Ziana Zain, Datin Seri Umie Aida, Datuk Tamimi Siregar, Sheila Rusly dan Rozita Che Wan. 

Untuk rekod, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada 28 September di IJN.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya.

 

Artikel Lain