suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu terperanjat bil telefon rumah cecah RM500! Rupanya anak kerap ‘bergayut’ dengan teman lelaki Tingkatan Satu

Seorang ibu kecewa sebaik mendapati anaknya menggunakan telefon untuk menghubungi teman lelaki dengan kerap. -Gambar hiasan AI

BIL utiliti merupakan antara komitmen bulanan yang perlu dilunaskan bagi individu bergelar ketua keluarga.

Penggunaan tidak terkawal ada kalanya boleh mengundang bebanan seperti dialami seorang wanita ini yang terpaksa menanggung bil telefon yang mencecah RM500. 

Terkejut dengan jumlah tersebut, punca bil tersebut melonjak terbongkar apabila mendapati ia berpunca akibat anak perempuannya kerap menelefon teman lelakinya.

Bil elektrik dan telefon rumah boleh tertunggak jika gagal dilunaskan setiap bulan. -Gambar hiasan AI

"Anak saya perempuan Tingkatan Satu. Dalam dia dia guna telefon rumah telefon teman lelaki dia sampai RM400 lebih bil, jumlah keseluruhan RM589!

"Sebelum ini bil hanya sekitar RM90 ke RM110. Itu pun kantoi sebab saya minta butiran dengan TM Unifi kenapa sampai limit kredit.

"Sekali Unifi kata ada satu nombor ini terlalu kerap buat panggilan. Saya siasat rupanya anak saya," katanya.

  • Seorang ibu meluahkan rasa kecewa selepas bil telefon rumahnya meningkat sehingga RM589, berbanding kebiasaan sekitar RM90 hingga RM110 sebulan.
  • Bil tinggi itu didakwa berpunca daripada anak perempuannya yang berada di Tingkatan Satu, kerap menghubungi teman lelakinya.
  • Perkara itu terbongkar selepas wanita berkenaan meminta penjelasan daripada TM Unifi susulan had kredit telefon yang dicapai.
  • Pihak penyedia perkhidmatan memaklumkan terdapat satu nombor telefon yang terlalu kerap dihubungi.

Wanita itu memberitahu sebagai ibu dia bukan sahaja kecewa tentang bil telefon berkenaan tetapi sikap anaknya yang mempunyai teman lelaki walaupun baru berusia 13 tahun.

Bagaimanapun dia memilih untuk menangguhkan 'kemarahan' tersebut kerana remaja berkenaan bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Sebaliknya, dia mahu menyiasat terlebih dahulu sejauh mana hubungan anaknya dengan remaja lelaki terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.

ARTIKEL BERKAITAN: Bil Telefon Cecah RM15,000 Wan Raja Dakwa Diperdaya Syarikat Telco

ARTIKEL BERKAITAN: "Ini data peribadi saya" - Individu dedah tunggakan bil telefon di Threads, Khairul Aming minta penjelasan pihak telco

"Mama dia ini cari duit siang kerja, malam kerja part time lagi untuk tampung keluarga. Dia boleh senang bergayut dengan teman lelaki sampai nak dekat RM500!

"Remuk hati saya ini sampai hari ini tak boleh tengok muka anak.

"Ikutkan hati nak je saya 'bantai' tapi memikirkan dia nak peperiksaan, saya tangguh dulu untuk bersemuka dan siasat sejauh mana hubungan dia dengan budak lelaki itu," tambahnya.

Artikel Lain