SEORANG lelaki tergamak mencekik anak lelakinya yang berusia lapan tahun sehingga maut dan kemudian mencampakkan mayat kanak-kanak tersebut ke dalam lubang berisi air bagi menghapuskan bukti.Suspek kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan sebilah pisau namun tidak berjaya dan dia dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah. Menurut polis, kejadian itu terbongkar selepas orang awam menemui mayat seorang kanak-kanak di dalam lubang dan memaklumkan kepada pihak polis.Kejadian berlaku di Chhota Udepur, Gujarat, India.Hasil siasatan awal polis mendapati suspek tinggal bersendirian dengan mangsa selepas isterinya menghilangkan diri tanpa khabar berita. Polis percaya masalah keluarga dan tekanan mental mungkin menjadi punca kejadian tersebut.Suspek dikatakan bimbang dengan keadaan dirinya yang mungkin akan menjejaskan masa depan anaknya kelak. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Mayat kanak-kanak itu telah dihantar untuk bedah siasat, manakala suspek kini masih kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital. -Agensi