suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luluh hati Sunggyu baca surat peminat, tiga muka surat penuh kata hinaan

Sunggyu terbuka menerima pendapat peminat.

SEPANJANG bergelar artis popular, penyanyi Sunggyu memberitahu dia juga tidak dapat lari daripada luahan rasa benci segelintir pihak yang kurang senang dengan kejayaannya.

Malah, menurut anggota kumpulan Infinite ini, dia pernah menerima sepucuk surat daripada individu yang tidak dikenali yang bercakap buruk tentang dirinya.

“Sebelum membuat persembahan, saya menerima sepucuk surat lalu mula membacanya. Ketiga-tiga halaman surat itu dipenuhi dengan kata-kata hinaan terhadap saya.

Sokongan peminat memberi semangat buat Sunggyu. 

“Penulis mengkritik nyanyian, lakonan malah kehidupan saya.

“Melihat seseorang sanggup meluangkan begitu banyak masa dan usaha hanya untuk menghina, saya sedar ada orang yang mahu saya terluka walau apa cara sekalipun,” katanya.

Surat tersebut memberi kesan kepadanya sehingga Sunggyu mengakui hampir hilang semangat untuk tampil membuat persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidung baharu Lisa Blackpink cetus kritikan, netizen mohon berhenti buat prosedur kecantikan 

ARTIKEL BERKAITAN: Perbualan lucah pelakon lelaki tular, pihak pengurusan ambil tindakan penyebar fitnah

Namun, hatinya kembali terubat apabila masih ada kelompok peminat yang mempercayai bakatnya dan sentiasa memberikan sokongan terhadap Infinite.

Bahkan, surat tersebut juga menjadi pengajaran buatnya untuk lebih menghargai peminat yang mahu melihat dia terus maju dalam kerjaya seni.

“Selepas membaca beberapa surat lain, saya kembali bersemangat. Ramai yang masih menyokong saya.

“Ramai yang prihatin, jadi saya tak berpura-pura mengubah hidup sendiri hanya untuk orang lain. Kita juga perlu mempunyai keberanian untuk tidak disukai,” luahnya.

Artikel Lain