LUMRAH untuk seseorang isteri berasa cemburu apabila ada wanita lain yang cuba mencuri perhatian atau menarik perhatian suami.Justeru, seorang wanita meluahkan rasa amat terkilan apabila mendapati suaminya tergamak mengambil gambar seorang wanita lain secara senyap ketika menghadiri mesyuarat di tapak projek.Lebih memeritkan hati, foto berkenaan dizum (zoom) secara jarak dekat sehingga hanya memaparkan wajah individu wanita itu sahaja.Gurauan lelaki kadang kala keterlaluan. -Gambar hiasan AI "Ceritanya pada suatu pagi aku nampak gambar tu dalam telefon. Tapi tak terus serang sebab dia nak pergi kerja. "Tapi apabila dia balik kerja, saja aku tengok telefon dia... rupanya dia dah padam. Dekat ruangan recently deleted pun dah tak ada," katanya.Keadaan itu menimbulkan tanda tanya sehingga dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada suaminya mengenai gambar tersebut."Terus aku tanya dia mana gambar perempuan tu? Siapa dia? Perlu ke ambil gambar orang itu sampai macam itu sekali?” soalnya.ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu nikah suami berani buat hal, naik tangan kantoi langgan servis urut B2B... Wanita pilih cerai sedar kena ‘scam’ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk isyarat jari tengah, budak cuak lelaki tahan kereta di lampu isyarat merah - “Urut dada tengok perangai mereka“Wanita itu mendakwa suaminya menjelaskan bahawa tindakan tersebut sekadar gurauan untuk dihantar kepada seorang rakan.Namun, jawapan itu tidak meredakan rasa kurang senangnya kerana dia berpendapat perbuatan tersebut tidak wajar, apatah lagi rakannya itu juga sudah berkahwin.“Aku cakap benda itu tak kelakar. Buat apa hantar kepada kawan sedangkan kawan itu pun dah berkahwin? Buat tambah dosa buat apa,” luahnya.Lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa suaminya menganggap dia terlalu berlebihan apabila mempersoalkan perkara berkenaan, malah tidak meminta maaf kepadanya."Semalaman dia tak bertegur langsung dengan aku, pujuk aku pun tak. Pagi esoknya pergi kerja pun tak tegur aku. Peliknya, siapa yang buat salah ni?," katanya.Isteri terkilan apabila suami didakwa mengambil gambar wanita lain sehingga hanya wajahnya kelihatan.Suami mendakwa gambar itu diambil sekadar gurauan untuk dihantar kepada rakan.Wanita itu kecewa apabila suami menganggap dirinya terlalu berlebihan dan tidak meminta maaf.Suami didakwa mendiamkan diri selepas ditegur, malah menyebut hasrat untuk berhenti kerja.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mendakwa suami cuba mengalihkan isu.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita itu kemudian cuba menegur suaminya dengan menyampaikan mesej bahawa berdiam diri tidak akan menyelesaikan masalah, namun jawapan balas yang diberikan lelaki itu cukup mengecewakan."Dia kata terfikir nak berhenti kerja dan jangan buat dia hantar surat berhenti. Saya tak fahamlah. Kalau tak salah, kenapa marah?," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa lelaki itu bertindak sedemikian bagi mengelak daripada terus dipersalahkan."Cubaan untuk menyalahkan orang lain pula dan cipta konflik lain untuk lupakan konflik lama. Apa-apa pun, kekal tenang."Lelaki kalau perangai macam tu memang dia buat salah tapi cuba nak elak daripada dipersalahkan," komen warga maya.