suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelik dividen ASB kawan lagi ‘lebat’ padahal amaun simpan sama… Rupanya ada ‘waktu emas’ nak melabur!

Perlindungan kerajaan dan pulangan dividen kompetitif menjadikan ASB sebagai tarikan utama mereka yang mahu membuat pelaburan masa depan. -Gambar hiasan

INSTRUMEN pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) kekal menjadi pilihan utama kebanyakan rakyat Malaysia untuk menyimpan dan menggandakan wang simpanan mereka.

Selain jaminan perlindungan modal oleh kerajaan, kadar dividen yang kompetitif berbanding akaun simpanan biasa menjadi faktor utama kenapa ramai gemar menambah dana pada bila-bila masa sekiranya ada wang lebihan.

Namun tanpa disedari, untuk mendapatkan pulangan dividen maksimum, terdapat 'waktu emas' tertentu yang menentukan sama ada wang simpanan baharu anda itu terus menjana keuntungan atau sekadar 'terperap'.

Perkara ini dikongsikan seorang penasihat kewangan yang menggunakan nama noraejah di Threads.

"Dulu saya pelik, kenapa dividen ASB kawan lagi lebat, padahal kami simpan amaun yang lebih kurang sama sahaja.Rupanya rahsianya terletak pada tarikh kita pindahkan wang tersebut.

"Kalau tersalah pilih tarikh untuk simpan duit, kemungkinan besar wang anda itu akan 'terperap' sahaja selama sebulan tanpa menjana sebarang dividen," kongsinya.

Menurut noraejah lagi, dia sendiri pernah membuat kesilapan di peringkat awal apabila memasukkan simpanan pada hari kedua bulan berkenaan, dengan tanggapan ia sudah cukup awal.

Bagaimanapun, jelasnya, sistem ASB dikira berdasarkan baki paling rendah yang pernah dicatatkan dalam sesuatu akaun dari hari pertama sehingga hujung bulan tersebut.

"Kalau anda masukkan duit pada 2 hari bulan, sistem akan kunci baki yang ada pada 1 haribulan.

"Jadi rugi sangat sebab duit baharu itu terperap 30 hari tanpa buat kerja.

"Sebab itulah waktu dari hujung bulan hingga 1 hari bulan ialah waktu paling ideal untuk simpan duit ASB," katanya.

Disebabkan itu, waktu terbaik untuk melakukan transaksi pelaburan bagi memaksimumkan pulangan dividen adalah sebelum atau selewat-lewatnya pada hari pertama (1 hari bulan) setiap bulan.

Menerusi langkah berkenaan, wang baharu yang dimasukkan itu sempat dinilai oleh sistem ASB bagi pengiraan dividen untuk bulan tersebut.

Artikel Lain