suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota risik Maritim Malaysia maut ketika operasi di perairan Perlis, tiga rakan cedera

Mangsa maut adalah Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan.

SEORANG anggota risik Maritim Malaysia maut manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera ketika menjalankan operasi pemantauan dan kawalan sempadan di perairan Sungai Padang di Kangar, Perlis pada tengah malam Selasa.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam ketika mangsa bersama tiga lagi anggota sedang menjalankan operasi di kawasan perairan berkenaan.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian membabitkan mangsa, Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan serta tahap kecederaan tiga anggota terbabit masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, Maritim Malaysia menerusi perkongsian di Facebook merakamkan ucapan takziah kepada Mohd Roshaimi yang bertugas di Unit Perisikan, Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis.

"Seluruh warga Maritim Malaysia mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta para solihin.

"Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang," kata kenyataan tersebut.

 

Artikel Lain