DAKWAAN filem Kudrat 1968: High Council menggalakkan budaya buli bukan gambaran sebenar mesej yang mahu disampaikan pengarahnya iaitu Zulaikha Zakaria.Zulaikha berkata isu buli sering dikaitkan dengan siri High Council sejak awal pembikinannya kerana paparan visual dalam naskhah berkenaan dilihat dekat dengan realiti yang berlaku di sekolah. Zulaikha bagaimanapun menjelaskan memastikan setiap babak keganasan yang dipaparkan dalam filem berkenaan mempunyai kesan serta balasan yang boleh dijadikan pengajaran kepada penonton.“Bagi saya dari awal lagi pembikinan High Council sehingga siri ini (Kudrat 1968), isu buli disekolah masih dikaitkan dengan naskhah High Council. Zulaikha mahu memaparkan pengajaran tentang impak tindakan membuli.“Secara visual ia sangat dekat dengan apa yang terjadi (buli), tapi bezanya dalam filem ini walaupun ada babak-babak keganasan saya akan pastikan watak-watak tersebut ada balasannya (pengajaran). “Disebabkan siri ini dari drama ke filem, jadi penonton akan lihat pengajaran yang didapati daripada setiap tindakan membuli,” katanya kepada mStar. Zulaikha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Kudrat 1968: High Council yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada petang Isnin. Mengulas lanjut, Zulaikha berkata kesan daripada perbuatan jahat turut ditonjolkan menerusi perkembangan karakter dalam cerita berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Evertts Gomes hadkan akses media sosial sebelum drama ‘Kudrat’ bersiaran, bimbang pengaruh tidak wajar terhadap pengguna bawah umurARTIKEL BERKAITAN: “Ini bukan permainan solo” – Mierul Aiman tak anggap Zarif Ghazzi pesaingMalah, perubahan watak daripada seorang yang baik kepada individu yang bersikap kasar juga menjadi antara perkara yang ingin diketengahkan menerusi naskhah tersebut.“Setiap watak yang jahat itu impaknya sangat besar. Penonton boleh lihat apa yang terjadi dengan watak Pa. Malah daripada karakter baik boleh menjadi kasar. “Di sini saya mahu menegaskan bahawa walaupun naskhah ini ada menunjukkan tentang gejala buli, tapi cerita High Council, Kahar dan Kudrat ada tema dan topik yang bukan mengalakkan buli.“Buli bukan hanya berlaku di sekolah, tapi fasal hierarki. Kedudukan orang ternama, berkuasa dan orang bawahan… Banyak topik sebenarnya yang mahu saya ketengahkan,” ujarnya. Kudrat 1968 memaparkan kisah pelajar di sekolah asrama.Dalam pada itu, Zulaikha meluahkan rasa syukur dengan penerimaan penonton terhadap filem Kudrat 1968 serta siri High Council sebelum ini.Menurutnya, maklum balas positif yang diterima, termasuk daripada netizen di platform Threads, menjadi dorongan buat pasukan produksi untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik.“Saya sangat bersyukur dengan penerimaan penonton terhadap Kudrat dan siri High Council ini. “Alhamdulillah persepsi yang diterima juga sangat positif. Betul, ramai yang beri maklum balas terutamanya netizen di Threads.“Saya rasa ini hanyalah satu permulaan. Mungkin ada kekurangan yang tak tercapai, saya percaya ia hanya membuatkan team kami dan industri filem untuk buat lebih baik,” katanya. Sebelum ini, filem Kudrat 1968: High Council menjadi perhatian di media sosial apabila ramai yang mengaitkannya dengan dakwaan menggalakkan budaya buli dalam kalangan pelajar.Kudrat 1968: High Council bakal ditayangkan di pawagam bermula 29 Oktober ini.Isu berkenaan turut mencetuskan perbincangan susulan laporan mengenai pelbagai kes buli di sekolah, termasuk insiden yang mengakibatkan kematian.Untuk info, Kudrat 1968: High Council menjadi prekuel kepada fenomena siri Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024), dengan mengetengahkan kisah awal tercetusnya sistem hierarki rahsia yang diwujudkan dalam kalangan pelajar.Naskah arahan Zulaikha bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.Filem Kudrat 1969: High Council akan menemui peminat di seluruh pawagam pada 29 Oktober ini.