PELAKON Mierul Aiman tidak menganggap dirinya berdepan persaingan jika lakonan Zarif Ghazzi dalam naskhah Kudrat 1968: High Council lebih mendapat perhatian penonton.Mierul atau Muhammad Amirul Aiman Norazman, 28, berkata, fokus utamanya adalah memastikan karakter yang dibawa dapat dijayakan sebaik mungkin bagi menyampaikan jalan cerita kepada penonton. “Saya percaya ini bukan isu tentang persaingan tetapi ia adalah sebuah cerita. Mierul lebih fokus menyampaikan karakter dengan baik.“Kita bekerja sebagai satu pasukan. Ini bukan permainan secara solo, sebaliknya ia permainan berpasukan.“Tak pernah terlintas pun dalam fikiran saya tentang soal ini (persaingan) kerana mencapai objektif jalan cerita kepada penonton itu adalah satu-satunya misi saya,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Mierul memberitahu dia tidak mahu memikirkan soal siapa yang lebih menonjol atau mendapat perhatian penonton kerana setiap pelakon mempunyai peranan masing-masing.ARTIKEL BERKAITAN: Enggan fikir soal harga, Mierul Aiman serah kadar bayaran pada pengurusanARTIKEL BERKAITAN: Bahu terkehel semasa jayakan babak aksi, Mierul Aiman anggap bukan isu besar“Mana-mana cerita pun, drama, telemovie, siri atau filem, paling penting objektif saya menjadi karakter yang diberikan dengan baik.“Itu paling penting. Kalau nak nampak ada perbandingan ataupun perbezaan, saya rasa ia lebih kepada persaingan dan tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara tersebut (bersaing),” ujarnya.Mengulas mengenai penerimaan peminat terhadap drama berkenaan, Mierul menyifatkannya sebagai sesuatu yang positif dan menggalakkan perkembangan industri kreatif tanah air. Kita bekerja sebagai satu pasukan. Ini bukan permainan secara solo. MIERUL AIMANPELAKON“Saya rasa seronok sebab ia sesuatu yang sihat. Saya gembira melihat industri kreatif kita sekarang ini sedang berkembang dengan baik dan sihat.“Lebih-lebih lagi dengan adanya peminat serta penyokong para pemain seperti saya dan semua yang terlibat dalam industri ini. Tanpa mereka, tiadalah sokongan yang membuatkan kita percaya bahawa apa yang kita lakukan ini adalah sesuatu yang betul,” katanya. Mierul (kanan) tidak melihat kehadiran Zarif sebagai satu persaingan.Kudrat 1968: High Council merupakan prekuel kepada dunia High Council yang mengisahkan permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar.Selain Mierul dan Zarif, drama arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairii Asyraf itu turut dibintangi Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes dan Akmal Asyraf.Kudrat 1968: High Council bakal menemui penonton pada 11 September ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube