PERNAH mengalami kecederaan bahu tidak menghalang pelakon Mierul Aiman untuk terus beraksi dalam filem terbaharu berjudul Tarung: Unforgiven.Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 27, berkata kecederaan lama itu dialami sejak zaman persekolahan ketika dia aktif dalam sukan ragbi. Meskipun sudah menjalani pembedahan dan rawatan, namun tulang bahunya itu boleh terkehel terutamanya ketika menjayakan babak aksi berintensiti tinggi.Mierul memegang watak Hatta dalam Tarung: Unforgiven."Kecederaan bahu ini saya dapat sejak zaman sekolah lagi ketika bermain ragbi. Bahu saya pernah terkehel."Kalau ada yang perasan, saya ada tiga parut di bahagian bahu. Walaupun sudah menjalani pembedahan, bahu itu masih boleh terkeluar terutama ketika menjayakan babak-babak intense,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Mierul berkata dia tidak menganggap kecederaan tersebut sebagai satu isu besar kerana memahami risiko sebagai seorang pelakon aksi.ARTIKEL BERKAITAN: Filem sebagai karya rujukan, Mierul Aiman percaya bukan pengaruh kes buli… Penonton bijak ambil iktibarARTIKEL BERKAITAN: Lebihkan sayuran dan protein diet cara Mierul Aiman, kadang-kadang sahaja ‘cheat day’Malah, dia sudah membuat persediaan awal sebelum menjalani penggambaran bagi mengurangkan risiko kecederaan di set."Bergelar pelakon aksi, sudah tentu akan ada kecederaan. Cabarannya adalah bagaimana untuk mengurangkan risiko itu ketika di set penggambaran."Kami perlu membuat persiapan rapi sebelum masuk ke set supaya tahu kebarangkalian yang boleh berlaku. Saya sentiasa menganggap diri saya sebagai ‘athlete actor’.MIERUL AIMANPELAKON"Saya anggap kecederaan ini isu kecil sahaja. Saya perlu terima risiko ini kerana saya sendiri bersetuju untuk terlibat. Tak patut saya jadikan hal bahu tercabut ini sebagai isu besar," ujarnya.Tambah Mierul, dia juga sentiasa menjaga disiplin serta ketahanan fizikal demi memastikan kualiti lakonan aksi berada pada tahap terbaik."Sebagai pelakon, saya memang menetapkan tahap kekuatan dan ketahanan tubuh yang tinggi apabila terlibat dalam filem ini.Tarung: Unforgiven turut dilakonkan oleh Amir Ahnaf."Bila terlibat dalam karya aksi, saya sentiasa menganggap diri saya sebagai ‘athlete actor’. Kita kena ada disiplin dan jadual yang teratur kerana banyak perkara perlu dilakukan," katanya.Selain Mierul, Tarung: Unforgiven turut dibintangi Bront Palarae, Zul Ariffin, Aedy Ashraf, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.Filem arahan Razaisyam Rashid itu mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 7 Mei lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!