suria

Konsert Kristal OG 25 Tahun hadiah untuk peminat, hidupkan semula nostalgia muzik rock

Seramai 2,500 peminat memeriahkan Konsert Kristal OG 25 Tahun Perjalanan.

KEJAYAAN Konsert KRISTAL OG 25 Tahun Perjalanan menjadi satu tanda penghargaan kepada kira-kira 2,500 peminat yang hadir. 

Anggota kumpulan Kristal iaitu Lan Solo berkata konsert yang berlangsung pada 1 Mei itu bukan sekadar persembahan ulang tahun tetapi simbol terima kasih kepada peminat yang setia menyokong perjalanan muzik Kristal sejak awal penubuhan kumpulan mereka. 

"Konsert ini merupakan hadiah buat peminat setia yang selama ini memberi sokongan yang kuat kepada Kristal secara keseluruhan.

"Juga ia menjadi simbol penghargaan buat semua yang membesar bersama muzik Kristal dari era CD, radio, hingga ke era digital hari ini," katanya.  

Lan menghargai sokongan peminat setia Kristal.

Kristal mempersembahkan lebih 35 buah lagu pada malam konsert.

Dalam pada itu, Lan memberitahu sepanjang lebih dua dekad perjalanan dalam dunia seni, Kristal telah menghasilkan sebanyak 13 album dengan beberapa perubahan anggota kumpulan.

Namun begitu, konsep dan genre muzik yang dibawa kekal konsisten, selain dirinya menjadi suara utama yang menghidupkan karya-karya tersebut.

"Sepanjang kami terbitkan album sebanyak 13 album, ahli anggota kami bertukar-tukar tetapi konsep dan genre muzik tetap sama dan hanya dinyanyikan oleh Lan Solo.

ARTIKEL BERKAITAN: Kristal rai 25 tahun perjalanan seni di Zepp KL, berjaya kumpul anggota asal

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya dah rendahkan ego" - Lan Solo akur Rody Kristal beri respons dingin, hasrat jernihkan hubungan tak kesampaian

"Jatuh bangun perjalanan Kristal sepanjang 25 tahun ini kami telah lalui pelbagai cabaran, dugaan, sedih, gembira, ada rakan kumpulan yang bertukar tetapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus berkarya.

"Sehingga kini kami masih lagi relevan di telinga peminat, syukur alhamdulillah," ujarnya. 

Berkongsi tentang keistimewaan konsert tersebut, Lan berkata salah satu elemen yang mencuri perhatian adalah persembahan tiga set dram yang dimainkan oleh tiga pemain dram berbeza.

"Ketiga-tiga mereka tampil mempamerkan kehebatan, mengikut turutan daripada album dari album pertama sehinggalah yang ke-13.

Kristal mempersembahkan lebih 35 buah lagu pada malam konsert.

Kristal mempersembahkan lebih 35 buah lagu pada malam konsert.

"Memberikan energi konsert yang lebih bermakna, ketiga-tiga mereka turut bersatu atas pentas sama, bermain drum serentak yang sekali gus memberi nilai tambah terhadap kemantapan persembahan pada malam itu," katanya. 

Pada malam konsert, lebih 35 buah lagu dipersembahkan menerusi 10 segmen penuh nostalgia termasuk ‘Tribute to Sifu Dato Awie’, selain segmen ‘Suatu Kenangan’ yang didedikasikan sebagai penghormatan kepada dua ahli kumpulan yang telah meninggal dunia.

Seramai 2,500 peminat membanjiri lokasi konsert tersebut sambil sama-sama menyanyikan lagu-lagu hit ikonik Kristal, sekali gus menikmati pengalaman persembahan muzik secara langsung yang bertenaga dengan sokongan produksi pentas bertaraf premium.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain