suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar nak jumpa Anthony Loke bincang isu letak jawatan

Loke mengumumkan peletakan jawatan serta-merta sebagai Menteri Pengangkutan pada 10 November.

ISU peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Loke dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Perkara ini tidak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

"Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri dalam satu majlis di Melaka malam tadi, beliau berhasrat mengadakan pertemuan dengan Loke.

"Setakat ini, belum ada perkembangan lanjut mengenai perkara tersebut," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib balik rumah, Anthony Loke keluar Kabinet serta-merta

Terdahulu pada 10 November, Loke yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebagai tanda bantahan terhadap keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah selepas Umno membayar denda sebanyak RM50 juta.

Ketika berucap pada Himpunan Pakatan Harapan di Bukit Baru, Melaka pada Khamis, Anwar mengesahkan sudah menerima surat peletakan jawatan Loke.

Anwar bagaimanapun berkata, Loke boleh mengambil sedikit masa untuk berehat, namun sekiranya benar-benar berhasrat melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, perkara itu perlu dibincangkan semula.

Namun Loke menegaskan bahawa dia bersama DAP akan terus memberikan sokongan kepada kepimpinan Anwar meskipun tidak lagi berada dalam Kabinet sekiranya peletakan jawatannya diterima. -The Star

Artikel Lain