PELAKON veteran Mak Jah mendedahkan dirinya sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran lakonan sejak hampir lima tahun lalu berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad, 78, berkata kerjaya lakonan menuntut tahap kecergasan fizikal yang tinggi, justeru dia enggan menyusahkan pihak produksi sekiranya hadir ke lokasi penggambaran dalam keadaan tidak baik. “Memang rasanya tidaklah untuk ambil tawaran lakonan. Kita 'shooting' ini kerja yang kena cergas dan tidak ada masalah. Satu lagi kita kena laju dan tegas, bermakna bukan main-main.“Prinsip saya kalau bekerja memang betul-betul kerja, tetapi kalau sakit saya tidak akan pergi. Saya sudah hampir empat ke lima tahun tidak ambil tawaran," katanya ketika dihubungi mStar. Mak Jah sentiasa komited dalam segala kerjayanya. Mengulas mengenai tawaran lakonan, Mak Jah mengakui tawaran berlakon sebenarnya tidak pernah putus diberikan kepadanya termasuklah ketika sedang terlantar di hospital, baru-baru ini. Bagaimanapun, dia terpaksa menolak pelawaan itu biarpun diberi kelonggaran untuk berlakon di atas kerusi roda.“Tawaran itu sentiasa ada. Masa dekat hospital hari itu ada kawan datang tawarkan berlakon sebab saya boleh bercakap loghat Negeri Sembilan. Dia kata duduk atas kerusi roda pun tidak mengapa sebab mahukan cara adat orang Negeri Sembilan.ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan makin merosot, Mak Jah tanggung komplikasi pelbagai penyakit kronikARTIKEL BERKAITAN: Digantung tak bertali hampir 15 tahun, Mak Jah dedah kena kahwin paksa oleh keluarga… “Suami saya pukul sampai pengsan”“Tetapi saya kata tidak boleh berlakon dalam keadaan begini dan minta dia ambil orang lain dahulu,” ujarnya. Menyentuh mengenai kelangsungan hidup dan sumber kewangannya ketika ini, Mak Jah reda apabila tidak lagi mampu meraih pendapatan lumayan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit seperti zaman kegemilangannya dahulu.Sebaliknya, dia kini bergantung sepenuhnya kepada wang bantuan bulanan daripada Baitulmal serta sumbangan ikhlas rakan artis seperti Datuk Rosyam Nor dan Mawi bagi menampung kos perubatan serta keperluan dapur.Mak Jah kini bergantung dengan duit sumbangan. “Dari segi kewangan saya tidak dapat nak jangkakan. Apa yang saya dapat sekarang ialah bantuan Baitulmal sebanyak RM600 sebulan yang diuruskan anak saya, cuma setiap tahun perlu diperbaharui.“Selain itu, Datuk Rosyam Nor ada beri saya RM500 setiap bulan dan Mawi pula bantu beri RM300 untuk membeli barang dapur. Itu sahajalah pendapatan saya, yang lain tiada.“Hendak merasa pendapatan macam dulu sebulan RM10,000 memang sudah tiada lagi. Jadi kalau ada sesiapa yang bersedekah, saya terima dan kumpul duit itu untuk beli suplemen, vitamin atau membayar bil hospital,” katanya.