suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mahu tambah lauk telur, pelanggan lelaki buat jenaka lucah ketika beli nasi lemak - “Sendiri punya dah ada...”

Pelanggan tidak sepatutnya melakukan gurauan melampaui batas dengan peniaga. -Gambar hiasan AI

SEGELINTIR individu terutamanya lelaki bagaikan tiada rasa malu apabila secara terbuka melakukan jenaka lucah di tempat awam.

Menurut seorang wanita, dia juga baru sahaja menyaksikan kejadian itu ketika berada di sebuah kedai makan untuk membeli sarapan pagi.

"Saya pergi ke kedai untuk sarapan. Di hadapan saya, ada seorang pekerja perempuan. Dia sedang ambil pesanan seorang pelanggan lelaki.

check out Ramadan Bazaar for interesting eats at Bazaar Ramadan Pandan Indah. 19 MARCH 2024 一CHAN TAK KONG/The Star

Peniaga berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan setiap hari. -Gambar hiasan

"Saya dengar perbualan mereka. Pelanggan itu nak nasi lemak. Jadi pekerja itu tanya, nak tambah telur tak? Dia jawab tak nak telur, sendiri punya dah ada.

"Saya yang beratur belakang abang ini terus rasa serba salah pandang pekerja itu. Muka pekerja itu pun nampak macam tak selesa," imbasnya.

Menurut wanita itu, tindakan lelaki berkenaan bukan sahaja tidak kelakar, malah dianggap sebagai satu bentuk eksploitasi terhadap kaum Hawa.

  • Seorang wanita luah rasa kurang senang terhadap jenaka lucah seorang pelanggan lelaki.
  • Kejadian itu berlaku ketika dia sedang beratur di sebuah kedai nasi lemak ketika sarapan pagi.
  • Dia mendakwa seorang pelanggan lelaki membuat jenaka lucah yang dikaitkan dengan lauk telur.
  • Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap gatal segelintir lelaki.

"Tak boleh ke beli makanan macam manusia normal? Kau dah tua tau, hari pun baru nak bermula, tapi kau dah buat jenaka lucah dekat perempuan tengah kerja?

"Tak kelakar pun. Dia tengah kerja tau, bukannya dia nak melayan lawak lucah kotor. Mana lah datang keyakinan lelaki macam ini? Dasar kepam," tulisnya lagi.

Dia berkongsi kisah itu menerusi aplikasi Threads, malah perkongsian berkenaan turut dihujani ratusan komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati, lelaki disangka jodoh ajak borak lucah! Tiba-tiba cerita tidur tak pakai seluar, balas sepatah makin galak

ARTIKEL BERKAITAN: Borak seks dengan suami, kemudian kongsi di media sosial... Wanita dianggap IQ rendah, tindakan nampak bodoh

"Ramai tak tahu yang cakap macam ni pun dikira gangguan seksual tau. Ia merupakan satu kesalahan jenayah.

"Perempuan memang tak selamat di mana-mana mereka berada. Gangguan seksual secara lisan dianggap sebagai jenaka biasa.

"Sebagai orang kerja kedai makan, memang selalu sangat jadi macam ni," tulis beberapa individu.

Artikel Lain