BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah binti Ahmad Tawfek menuntut bukti susulan dakwaan dia berhutang sebanyak RM2.3 juta.Membalas di laman Threads miliknya, Dr Afifah atau Dr Fie, 36, menghuraikan isu itu apabila beberapa pengguna media sosial bertanyakan situasi yang sebenar ekoran pendedahan bekas suaminya. "Buktikan saya berhutang," tulisnya pada beberapa ruangan komen.Menerusi hantaran asal yang dibuat, Dr Fie seakan-akan meluahkan rasa kesal atas dakwaan yang dibuat terhadap dirinya.Komen balas Dr Fie di Threads. Malah, dia juga berharap dapat menjaga hubungan dengan Nubhan selepas mereka berpisah demi kebaikan anak-anak."Lepaskan saya dengan ikhlas. Berbaiklah demi anak-anak."Apa lagi yang kita nak dalam hidup ini? Saya nak syurga buat kita semua," jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Pengutip hutang tagih bekas isteri bayar RM2.3 juta, Nubhan bimbang keselamatan diri dan anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan dakwa rumah didatangi pengutip hutang cari bekas isteri, tak teragak-agak ambil tindakan undang-undangSebelum ini, Nubhan mendedahkan rumahnya didatangi individu pengutip hutang yang didakwa mencari Dr Fie bagi menuntut bayaran berjumlah RM2.3 juta.Susulan kejadian yang berlaku pada 23 Oktober itu, Nubhan tampil membuat laporan polis demi keselamatan anak-anak yang berada di bawah jagaannya.Nubhan dakwa rumahnya didatangi pengutip hutang bagi mencari bekas isteri. Untuk rekod, Dr Fie dan Nubhan mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.Dr Fie kemudian kembali berkahwin dengan Amrul Anuar pada 1 November.