KEMUDAHAN bilik penyusuan disediakan di pusat beli-belah bagi memberi ruang selesa dan privasi kepada ibu yang ingin menyusukan anak.Namun, masih ramai kurang cakna bahawa fasiliti itu dikhaskan untuk golongan wanita dan lelaki dilarang untuk memasuki ruang tersebut. Perkara itu dibangkitkan seorang wanita yang terkejut apabila diserbu oleh seorang lelaki ketika menggunakan bilik penyusuan di sebuah pusat beli-belah dekat Kulai, Johor baru-baru ini.Kemudahan bilik penyusuan cukup penting terutamanya di pusat beli-belah. -Gambar hiasan AIMenyifatkan perbuatan itu sebagai kelakuan tidak wajar, golongan lelaki khususnya bergelar suami menurutnya perlu lebih peka dan menghormati privasi wanita di bilik penyusuan."Tiba-tiba ada sorang suami ini pergi selak langsir dengan berkata oh ada orang, kalau yang datang jengah itu isterinya, saya boleh terima lagi."Tapi sudahlah 'bapak' orang, kau tiba-tiba sangat nak tahu siapa dekat dalam bilik penyusuan itu, sekurang-kurangnya bagi salam atau helo ke.Seorang wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila ruang privasi dalam bilik penyusuan dicerobohi golongan lelaki.Lelaki berkenaan dikatakan secara tiba-tiba menyelak langsir bilik berkenaan sehingga menyebabkan wanita itu terkejut dan berasa malu.Wanita itu mempersoalkan tindakan lelaki tersebut kerana bilik penyusuan merupakan ruang privasi yang dikhaskan untuk ibu menyusu.Wanita berkenaan turut menegaskan bahawa notis larangan memasuki ruang penyusuan sudah dipaparkan dengan jelas di pintu masuk.Ringkasan artikel dijana oleh AI"Kau sergah umpama ada orang buat maksiat dekat bilik penyusuan itu. Terang-terang ada notis ditampal dekat tengah dinding, kau tak baca ke?" katanya.Lebih mengecewakan, dia mendakwa isteri lelaki berkenaan juga tidak menegur tindakan suaminya selepas daripada kejadian tersebut."Saya tergamam dekat dalam bilik itu, tak beragak nak sergah-sergah orang dan selak langsir.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan nak ‘judge’, rupanya ini sebab wujud ruangan ‘tahap pendidikan’ ibu dalam Buku PinkARTIKEL BERKAITAN: Wanita kena ‘judge’ sesama kaum ibu gara-gara menyusu anak sampai usia 5 tahun"Sampai ke hari ini saya rasa bengang dan malu sedangkan terang-terang lelaki tidak boleh masuk bilik penyusuan, mereka hanya (boleh masuk) setakat ruang menukar lampin je," tambahnya.Perkongsian itu sekali gus memberi peringatan pada orang lain agar lebih peka dan menghormati privasi wanita ketika menggunakan bilik penyusuan.Walaupun kemudahan bilik bayi boleh digunakan ibu bapa, setiap individu perlu memahami privasi agar tiada mana-mana wanita rasa tidak selamat ketika menyusukan bayi mereka.