ANGGOTA kumpulan Blackpink, Jisoo mendedahkan dia masih selesa menggunakan pengangkutan awam walaupun sudah bergelar bintang terkenal antarabangsa.Jisoo berkata, dia sering menaiki bas, terutama ketika ingin menghadiri konsert atau menuju ke kawasan yang sesak dengan orang ramai. “Saya sering menaiki bas untuk pergi menonton konsert,” katanya ketika muncul dalam sebuah rancangan realiti.Jisoo selesa menaiki pengangkutan awam.Menerusi rancangan tersebut, Jisoo dilihat bersama anggota kumpulan Twice, Nayeon, ketika mereka menaiki bas sambil berbual dalam sesi temu bual.Menurut Jisoo, dia juga memilih bas sebagai pengangkutan untuk pulang ke rumah dengan lebih cepat kerana tidak ramai penumpang yang mengenalinya.Malah dia tidak menyangka masih boleh bergerak bebas dengan selamat walaupun bergelar selebriti.ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo ‘hantu‘ game dalam talian, sanggup berbelanja besar beli ‘nyawa’ARTIKEL BERKAITAN: Abang didakwa terlibat jenayah seksual dan penderaan, netizen risau nama Jisoo diheret sama“Setiap kali saya mahu pulang ke rumah dengan cepat, saya selalu menaiki bas. Orang ramai tidak mengenali saya.“Saya tidak sangka kami boleh berjalan-jalan dengan begitu bebas,” katanya.