suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Langgak Duta terkawal, Rosmah tinggal di Pavilion sepanjang Najib jalani tahanan rumah

Anggota polis memeriksa setiap kenderaan yang tiba di sekitar kediaman Najib.

 

SUASANA di luar kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, lengang dan terkawal pada hari pertama beliau menjalani tahanan rumah.

Ia berikutan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dipercayai menetap di kediaman mereka di Pavilion susulan menepati peraturan yang ditetapkan.

Mengulas mengenainya, Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, Rosmah dan ahli keluarga lain tidak dibenarkan tinggal bersama bekas Perdana Menteri itu sepanjang tempoh berkenaan. 

Walau bagaimanapun, mereka boleh datang melawat pada waktu yang ditetapkan pihak berkuasa.

Menjawab pertanyaan seorang pengguna Threads mengenai aturan tahanan rumah itu, Nurulhidayah turut berkata Najib tidak dibenarkan memesan makanan secara dalam talian. 

"Oh ya. Makanan minuman semua penjara yang tentukan," jelasnya.

Menerusi tinjauan di kediaman Langgak Duta, suasana ketika ini lebih lengang berbanding ketika Najib pulang pada Selasa dengan dua kenderaan bercermin gelap dilihat memasuki kediamannya pada Rabu.

Difahamkan, penumpangnya dipercayai ahli keluarga yang datang melawat, namun identiti mereka belum dapat dipastikan.

Kenderaan polis turut dilihat sesekali keluar masuk, dipercayai bagi pemeriksaan rutin dan pertukaran syif.

Di simpang menuju ke kediaman itu pula, anggota polis dilihat menahan kenderaan yang mahu masuk untuk bertanya kepada pemandu.

Najib dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya yang diwartakan sebagai penjara pada Selasa selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan beliau menjalani baki hukuman di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Pemindahan itu dibuat selaras dengan Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. 

Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang pada 18 September lepas.

 

Artikel Lain