SETIAP pasangan suami isteri pastinya mempunyai kebiasaan tersendiri dalam kehidupan berumah tangga, termasuk berkongsi barangan peribadi.Bagaimanapun, bagi seorang wanita, berkongsi tuala mandi dengan suami merupakan satu perkara yang tidak akan dilakukan sepanjang hidup. "Benda yang aku tak akan buat dalam hidup - kongsi tuala mandi dengan suami. Memang tidak. Maaf cakap," kongsinya.Walaupun kedengaran seperti perkara remeh, amalan berkongsi tuala sebenarnya mempunyai risiko dari sudut kebersihan dan kesihatan.Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi barangan peribadi seperti tuala dan alat pencukur kerana ia berpotensi menjadi medium penyebaran bakteria.Antara bakteria yang perlu diberi perhatian ialah Methicillin-resistant Staphylococcus Aureus (MRSA), iaitu sejenis bakteria Staphylococcus Aureus yang kebal terhadap beberapa jenis antibiotik.Membasuh tuala secara berkala memberikan pelbagai kebaikan utama untuk kesihatan dan kebersihan diri. -Gambar hiasan AIBagaimana tuala boleh menjadi punca jangkitan? Antara risiko yang perlu diketahui termasuk:1. Bakteria boleh berpindah melalui tualaTuala yang digunakan individu dengan jangkitan kulit berpotensi tercemar dengan bakteria MRSA. Penggunaan tuala sama boleh meningkatkan risiko bakteria berpindah kepada orang lain.2. Luka dan calar memudahkan jangkitanBakteria lebih mudah memasuki tubuh melalui luka terbuka, calar atau kulit yang mengalami kerosakan.3. Boleh menyebabkan jangkitan kulitAntara tanda jangkitan MRSA pada kulit termasuk kemerahan, bengkak, rasa sakit, kulit terasa panas serta benjolan atau bisul yang mengandungi nanah.4. Lebih mencabar untuk dirawatMRSA mempunyai ketahanan terhadap beberapa jenis antibiotik, sekali gus menyebabkan jangkitan tertentu lebih sukar dirawat.Jadi, bagaimana pula jika berkongsi tuala dengan pasangan sendiri?Hakikatnya, hubungan suami isteri tidak menjadikan seseorang bebas daripada risiko jangkitan bakteria.Walaupun tinggal sebumbung dan berkongsi kehidupan seharian, setiap pasangan disarankan mempunyai tuala masing-masing bagi mengurangkan risiko penyebaran bakteria.Bagaimanapun, ini tidak bermakna setiap individu yang berkongsi tuala pasti dijangkiti MRSA.Risiko lebih membimbangkan sekiranya salah seorang mempunyai jangkitan kulit atau luka terbuka.Selain mengelakkan perkongsian tuala, kebersihan barangan peribadi juga perlu dititikberatkan, termasuk membasuh tuala secara berkala dan memastikan ia dikeringkan sepenuhnya selepas digunakan.Justeru, mempunyai tuala mandi sendiri bukan bermaksud terlalu berkira atau cerewet dengan pasangan, sebaliknya langkah mudah untuk menjaga kebersihan diri serta mengurangkan risiko jangkitan.