suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cegah maksiat atau intai aurat? Wanita persoal anggota penguat kuasa suka suluh dalam kereta, tak tunggu pakai baju!

Operasi cegah maksiat dilakukan bagi mengekang perbuatan tidak bermoral dalam masyarakat. -Gambar hiasan AI

CARA pemeriksaan ketika anggota penguat kuasa menjalankan operasi mencegah maksiat terus menjadi perhatian umum, terutama apabila ia membabitkan aurat individu yang diperiksa.

Rata-rata berpandangan agar anggota yang terlibat menjalankan tugas dengan penuh tertib dan berhemah bagi mengelakkan timbulnya persoalan mengenai cara mereka mengendalikan situasi, termasuk ketika memeriksa pasangan yang disyaki berkhalwat.

Perkara sama turut dibangkitkan seorang pengguna Threads yang meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan beberapa anggota menyuluh ke dalam kereta ketika individu di dalamnya didakwa masih belum berpakaian sempurna.

Pasangan yang ditangkap khalwat perlu berpakaian lengkap sebelum disoal siasat anggota penguatkuasa. -Gambar hiasan AI

Pasangan yang ditangkap khalwat perlu berpakaian lengkap sebelum disoal siasat anggota penguatkuasa. -Gambar hiasan AI

"Tiga perkara aku tak hormat orang yang cegah maksiat ni, yang tukang suluh tu mesti dah tahu orang dalam kereta tu tak pakai baju.

"(Cara) suluh tu nampak sangat macam sengaja nak tengok aurat perempuan dalam tu, kalau suluh sekejap-sekejap tak apalah," ujarnya berkongsi pandangan.

Malah kata wanita ini, tidak salah sekiranya anggota terlibat memberi ruang kepada individu terbabit untuk memakai pakaian terlebih dahulu.

  • Wanita persoal tindakan anggota menyuluh ke dalam kereta ketika individu di dalamnya dikatakan belum berpakaian.
  • Dia cadang mereka diberi masa untuk berpakaian bagi menjaga aurat dan aib.
  • Dia turut mempertikai disiplin anggota yang didakwa menghisap vape atau rokok ketika bertugas.
  • Dia mempersoalkan sama ada anggota wanita turut dilibatkan dalam operasi itu.
  • Warganet turut menyindir cara pemeriksaan dan mempersoalkan niat anggota terbabit.

"Apa salahnya kalau tunggu mereka pakai baju dulu tanpa tengok aib dia?" ajunya lagi.

Tidak hanya menitik beratkan cara pemeriksaan, dia turut mempersoalkan disiplin seorang anggota yang didakwanya menghisap vape atau rokok ketika menjalankan tugas.

Pada masa sama, dia turut tertanya-tanya sama ada terdapat kehadiran anggota wanita dalam pasukan berkenaan memandangkan operasi tersebut melibatkan pasangan berlainan jantina.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah diserbu pukul 3 pagi, pegawai penguasa agama geledah almari cari lelaki! - “Kenapa awak pakai seksi?”

ARTIKEL BERKAITAN: Janda muda stres 3 kali rumah diserbu pejabat agama, jiran tak percaya status mahram - “Awak cantik, sebab tu ada yang dengki”

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet turut senada dan meluahkan rasa kurang senang terhadap cara pemeriksaan sesetengah pihak penguat kuasa.

"Aku pernah kata yang geng cegah maksiat ni bukannya niat nak tegur mana, bagi mereka setiap tangkapan tu macam satu kepuasan.

"Jangan ingat yang cegah maksiat ni baik sangat, sama 'miang' je sebenarnya.

"Senang cakap, mereka tangkap maksiat ni nak tangkap perempuan bogel je," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain