suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Hang tak layak ada zuriat!” - Sumpah suami ‘makan diri’, isteri mula benci anak tiri selepas keguguran

Pertelingkahan dalam rumah tangga boleh menjadi punca pasangan tawar hati. -Gambar hiasan AI

SEORANG duda anak satu meluahkan rasa buntu apabila hubungan isterinya dengan anak kandungnya daripada perkahwinan terdahulu mula renggang selepas mereka berkahwin.

Menurut lelaki itu, si isteri pada awalnya melayan anaknya dengan baik sebelum sikap wanita berkenaan berubah secara drastik.

Difahamkan si isteri berang selepas terjatuh ketika mereka bertengkar.

Malah, dia mengakui turut terlepas cakap dengan mengeluarkan kata-kata kesat ketika kemelut itu berlaku sehingga meninggalkan kesan mendalam terhadap rumah tangga mereka.

Suami yang baik perlu mempunyai sifat ihsan dan tidak menyakiti hati pasangan walaupun ketika marah. -Gambar hiasan AI

"Dulu bini baru aku ni baik je dengan anak sebelum kami berkahwin. Tapi lepas kahwin, tiba-tiba sikap dia berubah.

"Aku rasa puncanya selepas dia keguguran. Punca keguguran tu pula adalah masa kami tengah bergaduh... dia jatuh.  Aku marah sampai terlepas cakap.

"Dengan lajunya aku cakap... ha jatuh, hang nak mati sekali dengan anak-anak hang ke? Hang tu tak layak ada anak. Selepas daripada kes tu dia benci betul dengan anak aku," katanya.

Konflik rumah tangga itu semakin memuncak apabila isterinya mula menjauhkan diri, memilih untuk tidur di tempat berasingan, serta melontarkan kata-kata kesat terhadap anak tirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun tahan sabar sampai kemurungan, wanita dimaki ‘kick’ suami daripada grup sembang tak senonoh - “Susah ke nak hormat isteri?“

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya emosi memuncak, wanita kongsi cara efektif redakan kemarahan bergaduh dengan suami - “Masuk bilik, kunci pintu”

Lelaki terbabit turut buntu memikirkan nasib anaknya yang menjadi mangsa dingin hubungan mereka, selain mengharapkan pandangan luar mengenai situasi yang dihadapinya.

"Dia tidur asing dari katil dan dia siap cakap... kenapa aku nak buat baik dengan anak kau. Anak tu bukan ada kaitan dengan aku.

"Sejak itu, apa saja yang berkaitan dengan anak aku, dia dah tak nak ambil tahu. Tak tahu la siapa salah tapi anda semua rasa bini aku berlebihan ke apa?

"Aku tak tahu nak selesaikan macam mana. Kesian pula anak aku," katanya menceritakan apa yang berlaku dalam rumah tangga.

  • Isteri berubah selepas keguguran, mula membenci anak tiri.
  • Duda anak satu buntu hubungan isteri dengan anak semakin renggang.
  • Isteri didakwa panggil anak tiri 'anak haram' hingga cetus konflik.
  • Lelaki akui terlepas cakap ketika bergaduh dengan isteri.
  • Netizen tegur tindakan suami selepas kisah rumah tangga tular.

Perkongsian lelaki itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan kedua-dua pihak, selain menasihatinya supaya muhasabah diri dan berfikir panjang dalam melayari rumah tangga.

"Kau sebenarnya yang tak layak jadi bapa. Macam mana boleh jadi bapa sampai sanggup menyumpah bini dan anak yang dalam kandungan supaya mati? Bapa jenis apa kau ni?

"Satu je aku nak pesan, hati-hati dengan dendam wanita. Wanita ni membalas lambat tapi sangat menakutkan. Dendam dan marah tu dua perkara berbeza, tahu tak?

"Abang, kalau rasa nak kahwin kali ketiga pun, fikir-fikirkanlah dulu. Kalau hidup asyik nak maki isteri je, janganlah seksa anak orang," demikian antara teguran netizen.

Artikel Lain