POLIS menahan dua orang mak nyah pada awal pagi Ahad berhubung dakwaan mencuri jam tangan mewah jenama Patek Philippe bernilai 20 juta baht (RM2.42 juta) dari bilik hotel seorang pelancong warga China.Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam selepas pelancong berkenaan membuat laporan di Balai Polis Bandar Pattaya, Thailand pada Sabtu. Pelancong itu mendakwa dua mak nyah berkenaan mengambil pasport dan jam tangan mewah miliknya dari bilik 309 di Hotel Z8, Jomtien Soi 6, Pattaya.Jam tangan yang dilaporkan hilang itu dikenal pasti sebagai Patek Philippe PP5719G berwarna perak dan dihiasi berlian.Menurut laporan polis, kedua-dua mak nyah itu turut meminta wang daripada mangsa sebagai syarat untuk memulangkan barangan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Mak nyah buat duit jual video hubungan songsang, perdaya lebih 100 remaja lelaki jadi pelakon! Kantoi buat promosi di XARTIKEL BERKAITAN: Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelakiMangsa bersetuju membayar wang tunai sebanyak 20,000 baht (RM2,420), namun hanya menerima pasport, manakala kedua-dua suspek meninggalkan hotel bersama jam tangan tersebut.Hasil siasatan, polis berjaya menahan dua suspek masing-masing berusia 30 dan 24 tahun.Kedua-duanya didakwa atas kesalahan menerima barangan curi, namun menafikan tuduhan itu ketika disoal siasat pada peringkat awal.Polis kemudian berjaya menemukan semula jam tangan Patek Philippe berkenaan sebelum menyerahkannya kembali kepada pelancong warga China itu.Kedua-dua suspek seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat di Balai Polis Bandar Pattaya untuk tindakan undang-undang lanjut. -Agensi