Tidak dinafikan ada dalam kalangan ibu bapa yang mencampuri urusan persiapan perkahwinan anak mereka sehingga mengundang masalah kepada bakal mempelai. -Gambar hiasan AI
SETIAP bakal pengantin pastinya mengimpikan persiapan menuju hari bahagia berjalan lancar, apatah lagi apabila melibatkan perkara yang akan menjadi kenangan sepanjang hayat.Namun bagi seorang wanita ini, kegembiraan membuat persiapan perkahwinan bertukar sebaliknya apabila wujud campur tangan daripada bakal ibu mentua. "Korang rasa salah ke aku bertekak pasal gelang batal air sembahyang? Awalnya aku dah rancang dengan tunang untuk beli sama-sama. "Tapi tiba-tiba mak dia excited ajak dia pergi beli. Tak ada tanya langsung design apa aku suka. Tahu tahu dah beli dan seriously tak kena dengan cita rasa aku," luahnya.Lelaki sewajarnya memainkan peranan penting sebagai orang tengah yang menyatukan ibu serta bakal isterinya. -Gambar hiasan AIMenurut wanita tersebut, apa membuatkan dia makin terkilan itu bukan kali pertama dia disisihkan dalam keputusan membeli barang penting bagi majlisnya sendiri."Cincin merisik dan bertunang aku langsung tak pertikai pun mereka beli macam mana. "Tapi sekarang cincin nikah dan gelang batal air sembahyang pun aku tak ada peluang untuk pilih," ujarnya lagi dalam hantaran yang dikongsikan di Threads. ARTIKEL BERKAITAN: Belum kahwin dah ‘red flag’! Calon suami nak beri hantaran rendah, minta jangan berhenti kerja lepas beranakARTIKEL BERKAITAN: Hubungan nampak sempurna, hakikatnya wanita dilayan macam sampah... Enggan lepaskan tunang walaupun banyak ‘redflag’Tambah wanita itu, keadaan menjadi lebih rumit apabila tunangnya bersetuju untuk menukar gelang berkenaan selepas dia membangkitkan perkara tersebut.Namun isu tersebut tidak terhenti di situ apabila bakal ibu mentuanya itu memuat naik satu status di media sosial yang ditujukan kepadanya."Tiba-tiba mak dia buat status bagi aku tengok. Caption seperti, kalau tak jadi pun Alhamdulillah. Apa awak maksudkan kalau tak jadi?"Tunang aku mengaku yang mak dia cakap status tu memang untuk aku. Biar betul? Aku salah ke sebab nak pilih? Siapa yang nak kahwin?" kongsinya lagi.Seorang wanita kecewa apabila bakal ibu mentuanya membeli gelang batal air sembahyang tanpa berbincang dengannyaDia terkilan kerana tidak diberi peluang memilih sendiri cincin nikah dan gelang tersebut.Tunangnya bersetuju menukar gelang selepas dia menyuarakan rasa tidak puas hati.Bakal ibu mentuanya kemudian memuat naik status sindiran yang dipercayai ditujukan kepadanya.Netizen menasihatinya supaya berbincang dengan tunang dan menetapkan batas campur tangan keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan situasi wanita berkenaan.Ada berpendapat tunangnya perlu memainkan peranan sebagai orang tengah dan berbincang secara baik bersama ibunya.Segelintir yang lain pula menyarankan wanita itu berbincang secara terbuka dengan tunangnya bagi menetapkan batas campur tangan keluarga dalam urusan rumah tangga mereka kelak."Bau-bau anak mak. Jaga-jaga sis, jangan sampai jadi macam drama."Ini baru permulaan sis, percayalah nanti lepas kahwin mak mentua akan lebih teruk," demikian komen netizen.