suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ezaidi Aziz sudah lali orang perlekeh kemampuan berlakon, mahu buktikan kebolehan diri

Ezaidi enggan memilih nashkah.

PELAKON Ezaidi Aziz enggan bersikap terlalu memilih dalam menerima sebarang tawaran berlakon kerana menyedari kedudukannya yang masih bertatih dalam industri seni.

Ezaidi atau nama sebenarnya Mohamed Ezaidi Ab Aziz, 31, berkata dia tidak meletakkan sebarang syarat, sebaliknya sedia mengambil apa sahaja watak asalkan naskhah itu memberi nilai pengajaran kepada penonton.

“Siapalah saya nak memilih, orang pun tidak kenal saya. Saya rasa, saya baru dalam industri, itu sahaja yang boleh saya cakap. Sebab itu saya tidak kisah terima tawaran berlakon dalam apa sahaja drama.

“Saya okey sahaja apa-apa cerita asalkan naskhah itu ada bagi nilai dan pengajaran untuk penonton tengok. Kalau sekadar cerita itu macam tiada apa-apa pengisian, mungkin saya tidak terima,” katanya kepada kepada mStar. 

Ezaidi mahu besarkan namanya dalam industri. 

Ezaidi berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-38 di Ombak KLCC pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Ezaidi turut mendedahkan dia pernah dikritik tidak mampu menjayakan watak yang berat.

"Saya ada mendengar perkataan-perkataan yang membuatkan saya rasa tidak mengapa, saya boleh buktikan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dijanjikan gaji lumayan dan jawatan tinggi, Ezaidi Aziz hampir jadi mangsa orang ternama

ARTIKEL BERKAITAN: “Yakin ke jadi cantik?” - Ezaidi Aziz tak setuju ‘buat muka’ ubah ciptaan, percaya kesihatan dalaman lebih penting

“Ada orang cakap yang saya ini tidak boleh bawa watak berat. Tetapi saya tidak rasa ayat itu merendahkan saya, cuma saya rasa ia memberi semangat untuk saya buktikan apa yang mereka cakap itu salah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ezaidi meluahkan rasa syukur apabila bakatnya mula mendapat perhatian selepas tersenarai sebagai calon bagi kategori Artis Baharu Lelaki Popular pada penganjuran ABPBH38 kali ini.

Ezaidi tidak sangka tercalon ABPBH. 

Meskipun pencapaian tersebut diraih sewaktu usianya sudah mencecah 31 tahun, Ezaidi berlapang dada dan percaya pada percaturan rezeki yang telah ditentukan,

“Saya sebenarnya dah tercalon pun saya rasa syukur Alhamdulillah, rezeki kan. Jadi macam mana pun, macam itulah Allah sudah susun pada umur 31 tahun. 

"Lambat atau cepat itu semua bukan kerja saya, malah saya tidak pernah terfikir pun sebenarnya. Saya ada rasa kelakar juga sebab saya rasa ramai lagi yang layak," jelasnya. 

Artikel Lain