suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hujan renyai iringi pengebumian Cico Harahap, 200 orang hadir beri penghormatan terakhir

Cico selamat dikebumikan.

JENAZAH pelakon Allahyarham Cico Harahap selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 6.15 petang Ahad. 

Dalam keadaan hujan renyai upacara pengebumian berjalan lancar dihadiri kira-kira 200 orang memberikan penghormatan terakhir.

Ibunya iaitu penyanyi Uji Rashid juga hadir mengiringi jenazah anak tercinta. 

Cico dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Antara rakan artis yang dilihat turut hadir ialah Datuk Yusof Haslam, Maman Teacher’s Pet, Joey Daud dan Ellie Suriaty. 

Maman yang merupakan kenalan lama Allahyarham turut membantu proses menurunkan jenazah ke liang lahad. 

Allahyarham Cico atau Ezzaq Farouk Harahap, 48, sebelum itu dibawa ke Surau Taman Bukit Mulia, Ampang bagi pengurusan jenazah.

ARTIKEL BERKAITAN: Cico Harahap meninggal dunia akibat sesak nafas

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Uji Rashid bercucuran iringi jenazah Cico

Allahyarham disahkan meninggal dunia sekitar pukul 11 pagi hari Ahad di Hospital Ampang, Selangor akibat sesak nafas. 

Terdahulu, Allahyarham sudah seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan.

Allahyarham meninggalkan seorang anak iaitu Rindu Nur Fitrah hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Nur Fuziani Abdullah.

Artikel Berikut

Artikel Lain