suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaduh berebut parkir dengan jiran, lelaki maut terkena sekurang-kurangnya 8 das tembakan

Suspek melepaskan antara 15 hingga 16 das tembakan menggunakan sepucuk pistol berlesen terhadap mangsa. -Foto Indiatoday/ITG

SEORANG lelaki maut selepas ditembak jirannya yang melepaskan antara 15 hingga 16 das tembakan menggunakan sepucuk pistol berlesen dipercayai akibat perselisihan faham berhubung isu tempat letak kenderaan.

Menurut polis, mangsa mengalami lapan hingga sembilan kecederaan kesan peluru akibat tembakan dalam kejadian berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, dalam kejadian pada Jumaat lalu itu, mangsa dikatakan baru pulang ke rumah selepas bersenam di gimnasium kira-kira pukul 8 malam sebelum pertengkaran dengan suspek tercetus.

Mangsa menetap bersama isteri serta seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan di tingkat satu sebuah bangunan kediaman di Faridabad, India.

Suspek pula tinggal di tingkat tiga bangunan yang sama.

Selepas kejadian tembakan itu, suspek dipercayai melarikan diri bersama keluarganya.

Polis kini sedang giat menjalankan operasi mengesan dan memburu suspek yang masih bebas.

Menurut polis, kedua-dua keluarga berkenaan dipercayai mempunyai sejarah perselisihan faham sebelum kejadian tersebut.

Malah, kira-kira lima hari sebelum insiden tembakan berlaku, suspek didakwa  memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anak lelaki mangsa susulan pertengkaran berkaitan seekor anjing.

Sebaik menerima panggilan, anggota polis bersama pasukan cawangan jenayah serta forensik bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

Beberapa kelongsong peluru kosong turut ditemukan di tempat kejadian dan dikumpulkan sebagai bahan bukti bagi membantu siasatan.

Polis kini meneruskan usaha mengesan suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, mayat mangsa akan dihantar ke Kolej Perubatan ESIC untuk menjalani proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. -Agensi

Artikel Lain