Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memohon perkenan menghadap Sultan Ibrahim berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Najib.
PEGUAM Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memohon maaf dan menzahirkan pendirian untuk mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam kes SRC International. Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu. Menurut kenyataan tersebut, Mohd Dusuki juga memohon perkenan menghadap Sultan Ibrahim bagi menjelaskan persoalan perundangan yang timbul susulan kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu."Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul daripada Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta, dan perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1MDB," menurut kenyataan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Pengampunan bersyarat Najib jelas dan sah, Agong ingatkan jangan ingkar titah tahanan rumahTerdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi memohon ampun dan menjelaskan kekangan undang-undang apabila ia turut membabitkan kes kedua Najib berkaitan 1MDB.Kenyataan tersebut menyusul selepas titah dikeluarkan Istana Negara yang menegaskan sebarang hujah mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib disifatkan menjurus kepada tindakan mengingkari perintah Agong."Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Mesyuarat turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara telah memberikan nasihat yang sewajarnya kepada Sultan Ibrahim."Selanjutnya Seri Paduka Baginda telah memerintahkan Mohd Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah tertakluk syarat iaitu bayar denda RM50 juta," demikian kenyataan pada Sabtu.Tambahnya lagi, kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan pelasanaan kuasa tersebut hendaklah dihormati selaras kedudukan Raja Berpelembagaan dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang.