TINDAKAN seorang lelaki berstatus duda berdua-duaan dengan wanita dari seberang dalam sebuah bilik di rumah sewa di Senai, Johor, mengundang padah apabila mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu operasi awal pagi Sabtu. Tangkapan dilakukan kira-kira pukul 1.10 pagi, hasil maklumat dan aduan daripada penduduk setempat. Menurut kenyataan JAINJ, ketika tiba di kediaman rumah teres dua tingkat itu, pintu utama tidak berkunci sebelum anggota penguat kuasa menuju ke tingkat dua yang menempatkan beberapa bilik sewa.ARTIKEL BERKAITAN: Terlanjur dengan jiran dalam kereta akhirnya terbongkar! Gadis 22 tahun dicekup bersalin dua bulan lalu, BF pula janji nak kahwin!"Ketika anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik, ia dibuka oleh seorang lelaki yang memakai seluar pendek. "Hasil pemeriksaan lanjut, anggota menemui seorang wanita memakai seluar panjang dan t-shirt sedang berbaring dan berselimut di atas katil."Selepas disoal siasat, pasangan berkenaan mengaku bukan berstatus suami isteri," ujarnya.Tambah JAINJ, duda berusia lingkungan 30-an itu bekerja di Kulai manakala pasangannya berusia 20-an pula bekerja di Senai dan masih belum berkahwin."Lelaki tersebut memberi alasan sekadar menonton televisyen dan tidak melakukan apa-apa perbuatan."Namun keadaan katil, cadar dan selimut serta bantal dalam keadaan berselerakan."Menurut pengadu, kunjungan lelaki berkenaan ke rumah sewa yang hanya didiami wanita bujang itu bukan kali pertama," menurut JAINJ lagi.Pasangan berkenaan akan didakwa di mahkamah syariah dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.