JABATAN Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan sepasang kekasih selepas disyaki terlibat dalam kes perzinaan sehingga melahirkan anak luar nikah dalam operasi di sebuah kampung di Muar.JAINJ dalam satu kenyataan berkata, tindakan diambil selepas pihaknya menerima aduan awam berhubung seorang wanita dipercayai melahirkan anak luar nikah kira-kira dua bulan lalu. Susulan itu, penguat kuasa JAINJ hadir ke rumah wanita berusia 22 tahun itu kira-kira pukul 10 pagi melakukan siasatan atas aduan."Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang bayi lelaki berusia dua bulan di kediaman berkenaan yang dilahirkan di Hospital Muar dan memiliki sijil kelahiran tanpa maklumat bapa."Wanita yang masih berstatus bujang dan tidak bekerja itu mengaku pernah menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang lelaki yang juga jirannya," kata kenyataan tersebut menerusi Facebook Lampu Suluh Operasi Maksiat JAINJ pada Selasa.Tambah kenyataan itu, susulan pengakuan dibuat, penguat kuasa menuju ke rumah lelaki terbabit kira-kira pukul 11.30 pagi sebelum menahannya bagi membantu siasatan.ARTIKEL BERKAITAN: Duda tunggu 'line clear' datang rumah janda, kali ketiga serbuan baru dapat cekup! Katil berselerak ketika diserbu JAINJLelaki berusia 24 tahun itu yang masih bujang dan bekerja sambilan turut mengaku terlibat dalam hubungan berkenaan serta menyatakan hasrat bertanggungjawab dan mengahwini wanita terbabit."Siasatan awal mendapati perbuatan berkenaan dipercayai berlaku tahun lalu di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di sekitar Muar."Kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor kerana disyaki melakukan persetubuhan luar nikah."Mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau enam sebatan atau mana-mana gabungan hukuman tersebut jika sabit kesalahan," tambahnya.Dalam pada itu, pihak penguat kuasa turut menasihati pasangan terbabit supaya segera melangsungkan perkahwinan serta mengambil tanggungjawab terhadap anak yang dilahirkan.Malah ibu bapa kedua-dua individu juga dipanggil bagi membantu proses siasatan dan diberi nasihat agar memberi sokongan serta bimbingan kepada pasangan berkenaan.