suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MV 'Bersuara' ciplak idea kumpulan lain... Imsomniacks serik, tak mahu lagi bekerja dengan produksi sama

Insomniacks mohon maaf terhadap plagiat muzik video berkenaan.

SUSULAN kontroversi video muzik (MV) lagu Bersuara yang dikatakan mempunyai persamaan dengan MV lagu band rock dari Korea Selatan iaitu Xdinary Heroes, vokalis Imsomniacks, Iqie memberitahu kumpulan itu enggan lagi bekerjasama dengan produksi terlibat.

Menurut Iqie, keputusan itu dibuat kerana Insomniacks sama sekali tidak boleh bertoleransi dengan isu ciplak atau cetak rompak hasil kerja artis lain.

"Kita memang tidak akan bekerja dengan mereka dah. Kami rasa sedih sebab muzik video tersebut adalah plagiat daripada kumpulan lain," katanya kepada mStar. 

Imsomniacks akan lebih berhati-hati selepas ini untuk merakam muzik video. 

Iqie berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Latihan Pestapora di Royal Selangor Club Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Menceritakan semula bagaimana perkara tersebut boleh berlaku, Iqie menjelaskan situasi itu terjadi di luar jangkaan memandangkan jadual mereka yang terlalu padat dengan proses rakaman lagu.

Disebabkan kesuntukan masa, Insomniacks menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak produksi untuk menguruskan pembikinan video tersebut.

"Benda itu berlaku tidak dijangka. Kami lepas tangan untuk produksi itu sebab kami sedang sibuk dengan rakaman lagu. Ketika itu memang sibuk dan tiada masa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan rasa dalam ‘Bersuara’, Yonnyboii beri energi kolaborasi bersama Insomniacks

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun bersama... Air mata Insomniacks tumpah di konsert sulung

"Memang kami bagi pihak produksi untuk uruskan segalanya. Jadi, kami datang di kawasan penggambaran hanya untuk sesi itu sahaja," jelasnya.

Mengakui ralat dengan apa yang berlaku, Iqie bagaimanapun tidak menafikan rasa sedih memandangkan mereka sudah meletakkan harapan yang tinggi terhadap karya tersebut.

"Ya memang rasa sedih sebab memang teruja nak rakam muzik video kan. Selepas itu kita tengok muzik video semua cantik dan akan pergi jauh. 

"Tetapi rupanya beberapa rakaman yang diambil adalah plagiat daripada kumpulan Korea itu," ujarnya. 

Insomniacks tidak merancang untuk merakam kembali muzik video Bersuara. 

Ditanya sama ada Insomniacks mempunyai perancangan untuk membikin semula MV baharu bagi lagu tersebut, Iqie menjelaskan perkara itu agak mustahil untuk dilaksanakan.

"Kalau nak buat muzik video baru itu memang tidak akan terjadi sebab kita dah lebih bajet dekat video sebelum ini," kongsinya.

Sebelum ini Insomniacks tampil memohon maaf susulan muzik video lagu terbaharu mereka, Bersuara mempunyai persamaan dengan MV lagu Beautiful Life nyanyian kumpulan rock Korea Selatan, Xdinary Heroes.

Isu terbabit mula tular selepas peminat muzik K-pop menyedari beberapa babak serta konsep visual dalam MV berkenaan dilihat seakan-akan ditiru daripada karya kumpulan rock itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain