SELEPAS menerima kritikan hebat pada tahun lalu, pihak penganjur festival muzik Latihan Pestapora Malaysia 2026 mengambil langkah proaktif dengan menjanjikan kemudahan terbaik termasuk menyediakan stesen air percuma buat para pengunjung.Ketua Projek Khas Hitman Solutions, Keerand D berkata, pihaknya memandang serius terhadap setiap aduan yang diterima sebelum ini dan sedang giat melakukan pelbagai pelan penambahbaikan demi keselesaan orang ramai. "Setiap kebimbangan para peminat kami ambil berat, dan pasukan kami sedang berusaha tanpa henti untuk melaksanakan pelbagai penambahbaikan bagi meningkatkan keseluruhan pengalaman festival.Latihan Pestapora bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. "Edisi 2026 akan menampilkan stesen air percuma di seluruh kawasan festival, di samping beberapa penambahbaikan baharu yang lebih menarik. "Kami benar-benar mahu menjadikan tahun ini satu peningkatan yang bermakna berbanding pengalaman sebelum ini," katanya.Dalam pada itu, Latihan Pestapora Malaysia 2026 turut mengumumkan barisan penuh artis dari Malaysia dan Indonesia yang bakal menggegarkan acara tersebut pada Ogos nanti. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas tujuh tahun, Sheila On 7 hilangkan rindu peminat di Latihan Pestapora Malaysia 2025ARTIKEL BERKAITAN: Sheila On 7 beraksi di ‘Latihan Pestapora’, tampil persembahan 90 minit buat peminat di MalaysiaJelas Keerand, pemilihan barisan artis bagi edisi kedua ini dibuat khusus berdasarkan trend serta cita rasa semasa peminat muzik tempatan."Disebabkan itu, kami mahu memastikan barisan artis tahun ini benar-benar mencerminkan apa yang peminat ingin lihat dan alami sendiri, bukan sekadar besar dari segi nama, tetapi juga bermakna dari segi pengalaman," ujarnya. Latihan Pestapora 2026 menampilkan penyanyi terkenal Indonesia antaranya Tulus, Bernadya, Mahalini, Juicy Luicy, Romantic Echoes, Maliq & D’Essentials, Nadhif Basalamah, dan Raja Dangdut, Rhoma Irama Soneta.Aisha antara penyanyi Malaysia yang turut memberi persembahan. Sementara itu, penyanyi tempatan pula ialah Masdo, Insomniacks, Aisha Retno, Aziz Harun, Gerhana Skacinta serta FUGO. Lebih menarik, festival itu turut menjanjikan persembahan kolaboratif eksklusif rentas generasi yang belum pernah disaksikan sebelum ini seperti gabungan Rhoma Irama Soneta X Maliq & D’Essentials, Masdo X Gerhana Skacinta, serta Nadhif Basalamah X Aziz Harun X Aisha Retno.Untuk info, festival besar-besaran tersebut dijadual berlangsung pada 15 Ogos di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sebarang pembelian boleh didapati menerusi laman rasmi www.latihanpestaporamalaysia.com.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!