JENAZAH Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Seri A Samad Said selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.Hampir 200 ahli keluarga, kenalan dan sahabat handai hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh sastera yang mesra disapa Pak Samad itu. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 10.37 pagi.ARTIKEL BERKAITAN: Sasterawan Negara A Samad Said meninggal duniaBacaan talkin kemudiannya disempurnakan Ketua Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Muhammad Ansari Paslan.Pada Selasa, negara dikhabarkan dengan berita pemergian Pak Samad pada pukul 6.10 petang oleh anak sulungnya, Helmy Samad menerusi hantaran ringkas di Threads.Difahamkan, Allahyarham yang berusia 91 tahun sebelum ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sakit tua, selain menghidap diabetes.Berasal dari Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, Pak Samad merupakan tokoh penting dalam dunia kesusasteraan Melayu dengan penghasilan karya merentas genre novel, puisi, cerpen, drama dan esei.Antara karya terkenal Allahyarham ialah Salina, Sungai Mengalir Lesu, Hujan Pagi dan Langit Petang.