suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makin menjadi-jadi, Awie Koroy terus terima ugutan... Paling melampau ancaman nodai arwah ibu

PERSONALITI media sosial, Awie MBR memberitahu dia kini lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian selepas kerap menerima ancaman dan ugutan daripada individu tidak dikenali.

Awie atau lebih mesra disapa Koroy, 31, berkata ancaman tersebut kebanyakannya diterima menerusi media sosial, terutama sejak namanya semakin dikenali ramai.

Malah, dia turut mendedahkan pernah menerima ugutan melampau sehingga ada individu tergamak mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap arwah ibunya.

“Alhamdulilah setakat ini masih bernafas lagi, cuma buat masa sekarang ini lebih berhati-hati kerana terima banyak ancaman dan banyak orang mula mengenali saya.

“Dekat media sosial memang paling banyak setakat ni, kalau dekat luar tiada sebab kaum ni takut, cumanya mereka sudah cam saya lebih-lebih lagi kalau berada di kawasan terbuka.

“Saya sampai pernah kena ugut dan ada yang nak rogol arwah ibu saya... saya tak marah sebab kaum ni tak tahu ibu saya sudah meninggal dunia, jadi tak apa la,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi