suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jebat Zulfar tak takut buat babak aksi, tolak guna ‘stunt double’... “Dalam Kudrat saya buat sendiri”

KERJAYA lakonan yang semakin berkembang tidak membuatkan pelakon Jebat Zulfar melupakan dunia seni mempertahankan diri silat yang sudah sebati dengan dirinya.

Menurut Jebat, meskipun kini lebih sibuk memberi tumpuan kepada bidang lakonan, dia masih aktif mengajar silat di Kedah.

Bagaimanapun, pelakon itu mengakui dia sudah tidak lagi menyertai pertandingan seperti sebelum ini.

“Memang sibuk belajar lakonan sekarang tetapi silat saya tak tinggal.

“Saya tetap ada mengajar di Kedah cuma untuk pertandingan saya dah berhenti masuk.

“Tangan saya ini baru lepas kena parang sewaktu buat satu persembahan baru-baru ini. Lima jarum juga digunakan untuk jahit,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Jebat berkata dia tidak mempunyai perancangan untuk menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri atau 'stunt double' bagi menjayakan babak aksi dalam lakonan pada masa akan datang.

Jelasnya, minat yang mendalam terhadap filem aksi membuatkan dia lebih selesa melakukan sendiri setiap aksi yang mampu dilakukannya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi