suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puspa Gomen serik berniaga makanan, dakwa pernah jumpa tanah kubur dan duit syiling di premis

PERSONALITI media sosial, Puspa Gomen pernah berdepan pelbagai pengalaman pelik ketika mengusahakan perniagaan makanan suatu ketika dahulu sehingga dia serik untuk kembali berniaga.

Menurut Puspa atau nama sebenarnya Raudzah Ismail, 43, antara pengalaman yang sukar dilupakan ialah penemuan pelbagai objek yang mencurigakan di kawasan premis perniagaannya.

Katanya, dia pernah menjumpai tanah kubur, selain duit syiling yang didakwa sering ditemui hampir pada setiap hari sepanjang menjalankan perniagaan beroperasi.

"Saya mengaku memang pernah jumpa macam-macam. Contoh tanah kubur dan duit syiling pula memang setiap hari ada.

"Memang pelik dan ada juga saya dah buat kuah laksa elok saja dah masak, tapi bila tutup malam tu esoknya buka dah basi.

"Jenuhlah buat satu kawah besar, rugi juga kalau dah tiga kali jadi begitu," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Puspa berkata pengalaman itu memberi kesan besar kepadanya sehingga dia tidak lagi berhasrat untuk kembali mengusahakan perniagaan makanan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi