suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang ‘Mr Bean’ curi tumpuan, luah pengorbanan isteri teman jual belon... “Dia satu dalam sejuta”

TIDAK disangka, aksi lelaki bernama Mohd Nizam yang berpakaian seperti watak Mr Bean, menjadi tular di media sosial. 

Lebih menyentuh hati, perhatian netizen kini tertumpu pada kasih sayang tulus antara Nizam atau Mohd Nizam Mohamad Idrus, 49, dan isterinya, Suraya Zulkifli, 49, ketika mereka bersama-sama menjual belon di pasar malam demi mencari rezeki.

Menurut Nizam, komen positif netizen membuatkan dia terharu dan mengakui isterinya adalah tulang belakang yang sanggup bersama-sama melalui pelbagai cabaran.

“Saya sentiasa berusaha cuba bahagiakan isteri walaupun kehidupan kami tak mewah macam keluarga lain. Tapi bahagia itu ada bila kita tawakal dan doa pada Allah,” katanya kepada mStar.

Bercerita lebih lanjut, Nizam turut mengakui pengorbanan isterinya adalah sesuatu yang tidak ternilai dan mungkin tidak akan pernah dapat dibalas.

“Saya cuba sedaya upaya membahagiakan isteri saya, tapi untuk membalas jasa dan pengorbanannya mungkin tak terbalas. Saya juga cuba perbaiki diri saya daripada setiap sudut.

“Sebagai suami, saya reda pada awak dunia dan akhirat. Selama ini awak dah banyak berkorban. Saya amat hargai. Mungkin Allah kurniakan isteri saya ini satu dalam sejuta.

“Mudah-mudahan hubungan kami kekal hingga ke Jannah,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi