suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiba masanya boleh bersara dengan tenang... Eizlan Yusof puji bakat Puteri Balqis, Zarif Ghazzi dan Jazmy Juma

MELIHAT kemunculan pelapis muda berbakat seperti Puteri Balqis, Jazmy Juma dan Zarif Ghazzi membuatkan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof berasa lebih tenang sekiranya tiba masa untuk dia mengundurkan diri daripada dunia seni.

Menurut Eizlan, 55, kehadiran barisan pelakon generasi baharu yang memiliki bakat luar biasa membuktikan industri hiburan tanah air tidak ketandusan pelapis berkualiti.

Malah, dia mengakui kagum dengan kemampuan pelakon muda berkenaan dan percaya mereka mampu meneruskan legasi penggiat seni terdahulu.

"Aqish (Puteri Balqis), sejak dia kecil saya memang dah suka dia. Dia memang pelakon hebat.

"Digandingkan pula dengan Jazmy dan Zarif, saya rasa kalau dah sampai masa untuk saya bersara, saya akan bersara dengan keadaan sangat lega.

"Sebab kita dah ada barisan pelapis yang sangat hebat, yang saya sendiri tak sangka," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai kemungkinan untuk bersara daripada dunia lakonan, Eizlan berkata perkara itu bergantung kepada perjalanan masa dan keadaan dirinya kelak.

Ujarnya, setiap penggiat seni perlu menerima hakikat bahawa usia semakin meningkat dan akan tiba masanya tanggungjawab sebagai penghibur diserahkan kepada generasi seterusnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi