MENJADI peserta kedua yang meraih undian tertinggi untuk mara ke Gegar Vaganza Fantasia (GVF), penyanyi Farah Anuar menyifatkan peluang itu sebagai impian yang lama ditunggu.Farah atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar, 41, mengakui terkejut apabila menerima berita daripada pihak Astro bahawa dia terpilih sebagai salah seorang peserta GVF sekali gus tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi khabar itu kepada keluarga. “Saya dapat tahu pada Jumaat lalu, agak lewat malam. Tetapi sempat peluk-peluk dan menangis bersama suami serta anak-anak.Farah teruja diumumkan sebagai peserta kedua yang berjaya memperolehi Hot Seat.“Selepas itu, barulah saya hubungi ibu bapa dan adik-beradik. Sebenarnya sudah lama nak masuk GV, sejak musim kedua lagi tetapi waktu itu pihak produksi tidak mengambil bekas pelajar AF.“Bila sudah terpilih ini, saya rasa inilah masanya untuk kembali beraksi, insya-Allah,” katanya.Farah ditemui selepas konsert minggu kedua GVF yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.Bagi merealisasikan impiannya itu, Farah turut menggerakkan kelab peminat yang sudah menyokong perjalanan seninya sejak 2004 bagi membantu undian.ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab... Akim, Farah, Felix & Ara layak ke GV FantasiaARTIKEL BERKAITAN: Farah (AF2) Selamat Bernikah Dengan UsahawanBagaimanapun, dia mengakui tidak menyangka sokongan yang diterima begitu tinggi sehingga melayakkannya menjadi antara alumni Akademi Fantasia (AF) terpilih ke GVF.“Saya ada kelab peminat daripada tahun 2004. Alhamdulillah, tetapi tak sangka undian setinggi itu,” ujarnya.Mengulas lanjut, Farah berkata kerinduan untuk kembali membuat persembahan di hadapan penonton menjadi antara faktor utama dia menyimpan hasrat untuk menyertai GVF.Jelasnya, sejak kebelakangan ini dia lebih banyak menerima tawaran sebagai pengacara berbanding persembahan nyanyian sehingga ramai yang tidak menyedari dirinya masih aktif dalam bidang muzik. Nampak saya masih menyanyi, mereka terkejut.FARAH ANUARPENYANYI“Ramai yang tidak tahu Farah masih menyanyi sebab mereka lebih nampak saya mengacara di televisyen. Jadi, apabila nampak saya masih menyanyi, mereka terkejut.“Antara perkara yang paling saya rindukan adalah peluang untuk membuat persembahan semula di hadapan penonton,” kongsinya.Sebelum ini, Farah diumumkan sebagai peserta kedua daripada empat alumni AF yang terpilih menyertai GVF menerusi undian peminat.Selain Farah, tiga lagi alumni yang turut mendapat tempat ialah Akim Ahmad, Felix Agus dan Ara Johari.Farah sempat menyapa peminat yang hadiri menyokongnya.Untuk rekod, GVF menghimpunkan barisan juara serta alumni program AF termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Program realiti itu dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Sherry Alhadad dan Jihan Muse, manakala Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz bertindak sebagai juri.GVF bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).