suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Silap ‘timing’ boleh rosakkan gambar kahwin! Ini jadual waktu paling ideal potong rambut dan cukur janggut

Gaya rambut memainkan peranan penting terhadap penampilan lelaki. -Gambar hiasan AI

BUKAN hanya pengantin perempuan yang sibuk memikirkan seri wajah di pelamin, kaum lelaki juga sebenarnya perlu mengambil berat tentang penampilan agar kelihatan segak dan tampan pada hari bahagia.

Selain pemilihan persalinan baju Melayu atau sut yang segak, aspek penjagaan rambut, misai, serta janggut turut memainkan peranan besar dalam menyerlahkan aura 'raja sehari'.

Namun, ramai yang pandang remeh mengenai pemilihan masa yang tepat untuk memotong rambut sebelum majlis, padahal kesilapan kecil ini boleh merosakkan mood gambar perkahwinan anda.

Menerusi perkongsian seorang penata gaya lelaki ataupun groom stylist faiezazman, pengantin disarankan supaya mendapatkan potongan rambut sekitar tiga hingga empat hari sebelum majlis berlangsung.

"Kalau anda nak potong rambut, sebaiknya kena lakukan tiga ke empat hari sebelum majlis. Rambut anda akan nampak natural, masih kemas, sharp dan tak terlalu tajam.

"Kalau potong sehari sebelum ni nanti anda takkan ada masa yang cukup, ada kesan kemerah-merahan, gatal-gatal lepas potong rambut.

"Kalau terlalu awal pula seminggu sebelum atau dua minggu sebelum nanti rambut dah panjang semula," ujarnya di laman Threads.

Sementara itu, waktu terbaik untuk mencukur misai dan janggut pula menurutnya bergantung pada kadar pertumbuhan bulu muka setiap individu.

Bagi lelaki yang bulu misai dan janggutnya cepat tumbuh, anda digalakkan mencukur pada pagi hari majlis supaya penampilan kekal bersih dan kemas.

Sebaliknya, jika bulu muka mengambil masa sehari atau dua hari untuk tumbuh semula, pengantin lelaki boleh mencukurnya pada malam sebelum majlis.

Perancangan awal seperti ini dapat membantu pengantin lelaki tampil lebih yakin tanpa perlu tergesa-gesa membuat persiapan pada saat akhir.

Paling penting, bakal pengantin perlu menyesuaikan jadual dandanan mengikut jenis rambut dan keadaan kulit masing-masing supaya penampilan pada hari perkahwinan kekal kemas.

Artikel Lain