suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

207 penumpang, kru Qingdao Airlines ‘singgah’ Terengganu... Pesawat lakukan lencongan selepas sejam berlegar di udara

Kesemua penumpang pesawat dan kru kabin ditempatkan di tiga buah hotel sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

 

SERAMAI 207 penumpang dan kru penerbangan Qingdao Airlines dari China terkandas pada petang Sabtu selepas pesawat mereka terpaksa melakukan lencongan kecemasan susulan cuaca buruk.

Pesawat Airbus A321neo yang mengendalikan penerbangan QW907 itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun terpaksa berlegar di udara lebih sejam akibat keadaan cuaca.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pesawat itu akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu, kira-kira pukul 5.30 petang.

Menurutnya, pesawat berkenaan juga tidak dapat dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana bahan api tidak mencukupi.

Beliau berkata, bekalan bahan api untuk pesawat itu perlu diuruskan dari Kuantan, Pahang atau Kota Bharu, Kelantan kerana LTSM tidak mempunyai kemudahan pengisian bahan api.

"LTSM tak ada kemudahan mengisi bahan api, bekalan bahan api perlu diperoleh sama ada dari Kuantan, Pahang atau Kota Bharu, Kelantan," katanya pada Ahad.

Tambah Azli, pada masa ini, kesemua penumpang ditempatkan sementara di tiga hotel di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sementara menunggu urusan selanjutnya. -The Star

Artikel Berikut

Artikel Lain