suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kak KM sukar tidur malam dipercayai gangguan sihir, bomoh minta deposit ‘pengeras‘ RM8,000

Kak KM masih berusaha untuk ubati gangguan yang dialaminya.

DI SEBALIK karakter ceria ketika siaran langsung di media sosial, usahawan sensasi Liana Rosli mendedahkan dia sebenarnya berdepan dugaan dipercayai terkena gangguan mistik yang menyebabkan sukar untuk tidur dan bernafas.

Liana atau lebih mesra disapa Kak KM berkata, gangguan tersebut sudah dialami sejak kira-kira empat bulan lalu sehingga menjejaskan emosi dan semangatnya untuk menjalani rutin harian.

Menurut Liana, keadaan itu biasanya bermula sekitar pukul 7 malam dan berlarutan sehingga keesokan pagi sebelum dia dapat melelapkan mata selepas waktu Subuh.

Kak KM sudah menderita berbulan-bulan akibat tidak boleh tidur.

"Memang susah nak tidur dan tak boleh bernafas. Bila tak boleh bernafas, seluruh badan pula terasa sakit.

"Lepas itu kita tak ada mood nak buat kerja, semua benda tak nak buat. Cuma yang pasti memasak memang kena buat," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun perkahwinan ke-18 usahawan selebriti Cheta Pot Pet dan suami di Kuala Lumpur.

Berkongsi lanjut, Liana berkata gangguan itu bukan sahaja menjejaskan dirinya, malah turut memberi kesan kepada perniagaan suami, Razman Ramli atau lebih dikenali sebagai Abang Maman.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM sedia berdamai, tahu Kak Nona berdepan masalah rumah tangga... “Ramai salah faham, saya sekadar teringat bukan rindu”

ARTIKEL BERKAITAN: Ketiak Kak KM kemerahan disangka kurap, rupanya cuba produk tiruan

"Gangguan itu memang kena pada saya seorang saja, tapi di kedai staf-staf pun asyik demam.

"Kedai pun penuh lalat, sedangkan kita bukan ada kedai jual makanan masak atau apa. Tapi kedai penuh lalat dan langau, bukan sedikit-sedikit, malah ada ulat memenuhi bahagian depan pintu," ujarnya.

Dalam pada itu, Liana mengakui ada berusaha mencari ikhtiar untuk mengatasi gangguan tersebut.

Mestilah ada yang dengki tengok pencapaian kita.

LIANA ROSLI

USAHAWAN SELEBRITI

Namun, jelasnya ada pihak mengenakan bayaran yang tinggi sebaik mengetahui identitinya.

"Saya sebenarnya tak kenal mana-mana bomoh sebab saya jenis tak percaya. Cuma pernah sekali, baru buat panggilan dan dengar nama Kak KM saja, terus minta wang pendahuluan RM8,000.

"Bila sudah letak yuran macam itu, sampai jatuh tak percaya sebenarnya. Tapi saya percaya saja benda itu wujud, benda mistik ini memang wujud.

Kedai suami Kak KM turut terkena tempias.

"Jadi, saya ada dapat bantuan daripada anak-anak tahfiz. Mereka tawarkan air dan selepas itu, Alhamdulillah, keadaan macam berkurangan sedikit," katanya.

Mengulas dakwaan gangguan itu berpunca daripada perbuatan individu yang dengki dengan kehidupannya, Liana enggan menuding jari kepada mana-mana pihak kerana bimbang boleh mengundang fitnah.

Namun, dia percaya setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasannya.

Kak KM enggan balas perbuatan orang yang dengki dengannya.

"Saya tak beranilah nak cakap siapa yang buat, nanti jatuh menuduh pula, jadi fitnah. Tapi kalau nak kata dengki, mestilah ada yang dengki tengok pencapaian kita.

"Saya okey saja sebenarnya sebab benda itu berlaku kerana Allah izinkan. Kita tunjuk lagi supaya lama-lama orang jadi sakit hati dengan kita. Lama-lama dia akan gila tengok sebab saya tak jatuh-jatuh.

"Teruskanlah apa yang kau rasa okey sebab Allah itu ada, Allah Maha Melihat. Kalau buat benda tak baik, hati-hatilah takut benda itu berbalik kepada diri sendiri. Kita bukanlah nak pergi suruh bomoh patah balik atau apa. Kita bukan orang macam itu," ujarnya.

Artikel Lain