Percutian musim sejuk memerlukan persediaan rapi daripada segi pakaian dan kelengkapan harian. -Gambar hiasan AI
PERCUTIAN musim sejuk menjanjikan pengalaman berbeza apabila pelancong berpeluang menikmati pemandangan bersalji yang jarang dimiliki di negara beriklim tropika.Namun, percutian ketika musim ini memerlukan perancangan lebih teliti kerana kebiasaannya waktu siang jauh lebih pendek berbanding malam. Seorang pengembara, tarmizii berkongsi tujuh tip yang boleh dijadikan panduan bagi memastikan percutian musim sejuk anda berjalan lancar.1. Bangun awalElakkan bangun lewat kerana waktu siang ketika musim sejuk agak singkat. Sebaiknya, semak waktu matahari terbit dan bersiap lebih awal supaya aktiviti berjalan mengikut perancangan.2. Destinasi sesuai waktu siangJika bercadang mengunjungi taman, tasik, kawasan pergunungan atau lokasi bersalji, jadualkan aktiviti tersebut pada sebelah pagi hingga tengah hari. Selain lebih mudah menikmati pemandangan, pencahayaan semula jadi juga sesuai untuk aktiviti bergambar.Negara bersalji sering menjadi pilihan destinasi pelancongan. -Gambar hiasan AI3. Simpan aktiviti indoor untuk waktu malamUsai matahari terbenam, pelancong masih boleh meneruskan aktiviti dengan mengunjungi pusat beli-belah, muzium ataupun restoran.Cara ini membolehkan tempoh percutian dimanfaatkan sepenuhnya walaupun pada lewat malam.4. Elakkan perjalanan jauh ketika waktu siangJangan bazirkan waktu siang dalam bas atau kereta api, terutama jika destinasi ingin dikunjungi memerlukan masa perjalanan yang panjang.5. Rancang masa untuk gambar menarikBagi yang gemar merakam kenangan, anda disarankan untuk menyemak waktu terbaik sebelum mengunjungi destinasi pilihan.Cahaya matahari ketika musim sejuk boleh menghasilkan suasana serta pemandangan menarik terutama di kawasan yang dilitupi salji.6. Semak jadual pengangkutan awamPastikan jadual bas, kereta api dan laluan pulang ke hotel disemak sebelum memulakan perjalanan. Keadaan cuaca yang semakin sejuk selepas matahari terbenam serta jalan yang licin boleh menyukarkan pergerakan jika tersesat.7. Bawa powerbank ke mana sahajaJangan sesekali meninggalkan powerbank di hotel kerana cuaca sejuk boleh menjejaskan prestasi bateri telefon pintar. Ini kerana, telefon pintar cukup penting untuk digunakan seperti aplikasi Google Maps, menyemak jadual pengangkutan serta pembelian tiket bas secara atas talian.Sebaiknya, simpan telefon di dalam poket bahagian dalam jaket bagi membantu melindunginya daripada suhu rendah.